Label

, ,

Sayyid Hussain Jamadil Kubra adalah tokoh yang kerap disebut namanya ketika membicarakan tentang keturunan Nik dan Wan di kepulauan Melayu.

Salasilah beliau adalah Sayyid Hussain bin Sayyid Ahmad Shah Jalal al-Khan bin Sayyid Abdullah Khan bin Sayyid Abdul Malik al-Azhamat Khan bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad Sahib al-Mirbat bin Sayyid Ali Khali’ Qasam bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi bin Sayyid Ubaidillah bin Sayyid Ahmad al-Muhajir bin Sayyid Isa al-Rumi bin Sayyid Muhammad al-Naqib bin Sayyid Ali al-Uraidhi bin Imam Jaafar al-Sadiq bin Imam Muhammad al-Baqir bin Imam Ali Zainul Abidin bin Sayyidina Hussain bin Sayyidah Fatimah al-Zahra binti Sayyidina Muhammad Rasulullah. Ini adalah berdasarkan salsilah Tok Pulau Manis

Ayahanda beliau Sayyid Ahmad Shah dikatakan adalah bekas Gabenor di dalam kerajaan Sultan Muhammad Tughlaq.

Sayyid Hussain Jamadil Kubra dikhabarkan tiba di Kelantan pada tahun 1349M bersama adinda beliau Sayyid Thana’ullah atau dikenali juga sebagai Shaykh Saman, anak murid kepada Imam Ibnu Hajar,

Menurut salasilah tersebut, Sayyid Hussain Jamadil Kubra mempunyai tiga orang putera iaitu Maulana Malik Ibrahim, Maulana Ibrahim Akbar dan Sayyid Ali Nurul Alam.

Dari keturunan Maulana Malik Ibrahim dan Sayyid Ali Nurul Alam lah lahirnya para Wali Songo seperti Sunan Ampel, Sunan Bonang, Sunan Gunung Jati, Sunan Kalijaga, Sunan Giri, Sunan Darajat, Sunan Kudus dan Sunan Muria.

Saya tertarik juga dengan salasilah waliyullah Tok Pulau Manis di atas kerana disebut bahawa dari keturunan Sayyid Ali Nurul Alam lah lahirnya Wan Demali, Wan Hussein Telok Manok, Wan Senik, Wan Biru dan lain-lain.

Salasilah Sayyid Hussain Jamadil Kubra yang pernah saya simpan mempunyai sedikit perbezaan dengan salasilah di atas.

Anda boleh juga melihat laman web tentang keturunan kesultanan Melayu di Kepulauan Melayu.

Sumber :

  1. TuanTabal.org
  2. Ahlul Bait Nusantara
About these ads