Nik Wan Hamad

Maklumat yang dipaparkan di bawah ialah berdasarkan temubual sekitar pertengahan tahun 1990an, terutama dengan datuk saudara PakNik iaitu Nik Hussain ( Kg Laut ), Nik Yahya ( P. Panjang ) dan dua pupu PakNik Nik Muhammad Amin ( P. Panjang ). Mungkin ada tambahan pada nama-nama di bawah dan PakNik amat mengalu-alukan sebarang tambahan atau pembetulan data untuk melengkapkan lagi susur galur ini…..

Generasi Kedua:

Nik Wan Hamad bin Faqir Hassan merupakan ayah kepada Hj Nik Leh, moyang PakNik. Beliau mempunyai dua orang isteri dan 9 orang anak. Beliau dikhabarkan datang ke Kelantan dari Terengganu dan menetap di Pulau Panjang, Badang, Kota Bharu.

Dengan isteri pertama beliau, yang namanya PakNik tidak ketahui, Nik Wan Hamad mendapat dua orang anak iaitu Wan Abdullah dan Nik Kalsom. Dengan isteri kedua beliau iaitu Nik Wan Ti, beliau mendapat tujuh orang anak iaitu Wan Salamah, Nik Mah, Hj Nik Leh, Wan Ali ( Losong ) Nik Hassan, Nik Hussain ( P.Kundor ) dan Nik Mah.

PakNik pernah juga bertemu dengan keturunan Nik Hussain bin Nik Wan Hamad yang tinggal di Kg Laut, hasil info daripada gemuloh TokCik Sin ( Nik Hussain b Hj Nik Leh b Nik Wan Hamad ).

Dalam perbualan dengan gemuloh TokCik Ya ( Nik Yahya b Hj Nik Leh b Nik Wan Hamad ), PakNik diberitahu ada adik-beradik Hj Nik Leh yang berpindah ke Terengganu dan kebanyakan mereka menetap di sekitar Manir, Kuala Terengganu.

Generasi Ketiga:

Moyang PakNik iaitu Hj Nik Leh mempunyai 12 orang anak dari dua orang isteri.

Dengan isteri pertama beliau, Nik Zainab bt Nik Abdullah, beliau mendapat enam orang anak iaitu Nik Embung, Hj Nik Mat ( P. Panjang ), Nik Safiyah, Nik Zubaidah ( P. Kundor ), Nik Omar ( Merbau ) dan Nik Hussain ( Kg. Laut ).

Dengan isteri kedua beliau, Cik Minah, beliau mendapat enam orang anak iaitu Nik Aishah ( Lundang ) iaitu nenek PakNik, Nik Abdul Kadir, Hj Nik Yusoff ( P.Chepa ), Nik Zainab ( Langgar ), Nik Salamah dan Nik Yahya ( P.Panjang ).

Generai Keempat:

Nik Embung bt Hj Nik Leh mempunyai 5 orang anak iaitu Nik Abu Bakar, Nik Abdul Kadir, Nik Abdul Rahman, Nik Kalsom dan Nik Salamah.

Gemuloh Hj Nik Mat bin Hj Nik Leh mempunyai 3 orang anak iaitu Nik Maimunah, Nik Pit dan Nik Abdullah.

Gemuloh Nik Safiyah bt Hj Nik Leh mempunyai 7 orang anak iaitu Nik Ibrahim, Nik Kalsom, Nik Abdul Rahman, Nik Aishah, Nik Mariam, Nik Hassan dan Nik Zubaidah.

Gemuloh Nik Zubaidah bt Hj Nik Leh ( lebih dikenali dengan panggilan Mak Abe Him )mempunyai 6 orang anak iaitu Nik Halimah, Nik Mahmood, Nik Rafeah, Nik Embong, Nik Ibrahim dan Nik Habibah.

Gemuloh Nik Omar b Hj Nik Leh mempunyai 8 orang anak iaitu Nik Aishah, Nik Zainab, Nik Rokiah, Nik Mariam, Nik Daud, Nik Hassan, Nik Muhammad Noor dan Nik Serimas.

Gemuloh Nik Hussain b Hj Nik Leh mempunyai 9 orang anak iaitu Nik Daud, Nik Mustafa, Nik Rahmah, Nik Azizah, Nik Azimah, Nik Kamal, Nik Muhammad Di, Nik Azman dan Nik Husna.

Nenek PakNik iaitu Gemuloh Nik Aishah bt Hj Nik Leh mempunyai ramai anak tetapi yang sempat PakNik bertemu ialah 8 orang iaitu Hjh Nik Maimunah, gemuloh Hj Nik Salleh, gemuloh Nik Khadijah, gemuloh Nik Muhammad, bonda PakNik iaitu Nik Fatimah ( lebih terkenal dengan Nik Tamar ) , Datin Hjh Nik Tik Kamariah, Hj Nik Muhammad Noor ( lebih terkenal dengan Nik Daud ) dan Hj Nik Mohd Yusoff.

Gemuloh Nik Abdul Kadir b Hj Nik Leh tiada sebarang maklumat diketahui tentang beliau setakat ini.

Gemuloh Nik Yusoff b Hj Nik Leh mempunyai 2 orang anak iaitu Nik Hasnah dan Datuk Nik Sapeia.

Gemuloh Nik Zainab bt Hj Nik Leh mempunyai 8 orang anak iaitu Nik Othman, Nik Fatimah, Nik Atikah, Nik Ibrahim, Nik Rosnani, Nik Rokiah, Nik Maziah dan Nik Muhammad Maliki.

Gemuloh Nik Salamah bt Hj Nik Leh mempunyai seorang anak sahaja iaitu Nik Muhammad Noor.

Gemuloh Nik Yahya b Hj Nik Leh mempunyai dua orang isteri seperti ayahandanya. Dengan isteri pertama beliau mendapat 2 orang anak iaitu Nik Ibrahim dan Nik Muhammad. Dengan isteri kedua, beliau mendapat 6 orang anak iaitu Nik Ghayaha, Nik Basanin, Nik Bahasin, Nik Zaidah, Nik Ghalmasin dan Nik Ahyasin. Nama anak-anak lelaki gemuloh TokCik Ya dengan isteri kedua beliau adalah sempena nama-nama sahabat Nabi Sulaiman a.s.

Generasi Kelima:

Nik Abu Bakar b Nik Embong bt Hj Nik Leh mempunyai 2 orang anak iaitu Nik Mariam dan Nik Salleh.

Nik Abdul Kadir b Nik Embong binti Hj Nik Leh & Nik Kalsom binti Nik Embong bt Hj Nik Leh – tiada sebarang maklumat tentang keturunan beliau yang PakNik dapat temui.

Nik Abdul Rahman b Nik Embong bt Hj Nik Leh mempunyai 4 orang anak iaitu Nik Nah, Nik Yaacob, Nik Hassan dan Nik Muhammad.

Nik Salamah bt Nik Embong bt Hj Nik Leh mempunyai seorang anak iaitu Nik Maimunah.

Gemuloh Nik Maimunah bt Hj Nik Mat b Hj Nik Leh mempunyai dua orang anak iaitu Nik Abdul Rahman dan Gemuloh Nik Muhammad Amin. Gemuloh Che Nah merupakan seorang tukang masak yang pernah tinggal di istana Johor dan juga istana Perlis. Nasi kerabu gemuloh Che Nah yang pernah PakNik rasa, memang superb!     :D

Nik Pit bt Hj Nik Mat b Hj Nik Leh mempunyai 2 orang anak Nik Zainab dan Nik Salamah.

Nik Abdullah b Hj Nik Mat b Hj Nik Leh bernikah dengan sepupu beliau Nik Embong bt Nik Zubaidah bt Hj Nik Leh dan mempunyai 6 orang anak iaitu Nik Muhammad, Nik Puziah, Nik Muhammad Noor, Nik Mustafa, Nik Abdul Rahman dan Nik Abdul Rahim.

Bagi anak-cucu Nik Safiyah bt Hj Nik Leh, PakNik mempunyai info untuk Nik Kalsom sahaja. Nik Kalsom berkahwin dengan Nik Ismail ( dari susur galur Tok Kono’ ) dan mempunyai dua orang anak iaitu Nik Safiyah dan Nik Muhammad Taha. PakNik tidak sempat mendapatkan info tentang anak-cucu anak-anak Nik Safiyah bt Hj Nik Leh yang lain seperi Nik Ibrahim, Nik Abdul Rahman, Nik Aishah, Nik Mariam, Nik Hassan dan Nik Zubaidah. Namun PakNik kenal dengan Cikgu Nik Hussian Nik Ibrahim kerana pernah sama-sama belajar di SIC disamping pernah berkunjung ke rumah ayahanda beliau di Jalan Atas Banggol, Kota Bharu.

Gemuloh Nik Halimah bt Nik Zubaidah bt Hj Nik Leh mempunyai 5 orang anak iaitu Nik Hussain, Nik Othman, Nik Aishah, Nik Safiyah dan Nik Affandi.

Gemuloh Nik Mahmood b Nik Zubaidah bt Hj Nik Leh berkahwin dengan makcik PakNik iaitu Nik Khadijah bt Nik Aishah bt Hj Nik Leh dan mempunyai 9 orang anak iaitu Nik Abdul Rashid ( lebih dikenali dengan Nik Kamil ), Nik Salleh, Nik Rahmah, Nik Muhammad Noor, Nik Abdul Aziz, Nik Mohd Zaki, Nik Mahadi, Nik Azmi dan Nik Ismail.

Gemuloh Nik Rafeah bt Nik Zubaidah bt Hj Nik Leh mempunyai 2 orang anak iaitu Nik Zainon dan Nik Zainab.

Bagi Nik Embong bt Nik Zubaidah bt Hj Nik Leh, sila rujuk kepada Nik Abdullah b Hj Nik Mat b hj Nik Leh di atas!

Nik Ibrahim b Nik Zubaidah bt Hj Nik Leh mempunyai 6 orang anak iaitu Nik Rohani, Nik Rosli, Nik Abdul Aziz, Nik Muhammad, Nik Abdul Rahman dan Nik Azmani.

Nik Aishah bt Nik Omar b Hj Nik Leh mempunyai 7 orang anak iaitu Nik Nah, Nik Muhammad Din, Nik Zaharah, Nik Othman, Nik Hasmah, Nik Abdul Aziz dan seorang lagi anak beliau yang tiada info pada PakNik.

Nik Serimas bt Nik Omar bin Hj Nik Leh mempunyai 8 orang anak iaitu  Nik Faiz, Allahyarham Nik Mahathir, Allahyarham Nik Fauzan, Allahyarham Nik Fauzi, Nik Faizah, Nik Fadilah, Allahyarham Nik Suhaimi dan Nik Faisol

Nik Zainab bt Nik Omar b Hj Nik Leh mempunyai 4 orang anak iaitu Mahmood Khamsani, Mahani, Mariani dan Maznah.

Nik Mariah bt Nik Omar b Hj Nik Leh mempunyai 5 orang anak iaitu Nik Mustafa Fadhil, Nik Muhammad Kamal, Nik Maznah, Nik Nazim dan Nik Naziah.

Nik Mariam binti Nik Omar b Hj Nik Leh mempunyai 9 orang anak iaitu Nik Azahani, Nik Azharuddin, Nik Azmani, Nik Azizan, Nik Azina, Nik Ahmad Azmee, Nik Ibrahim Izzuddin, Nik Azizee, Nik Azreen dan Nik Fatimah Suziane.

Nik Daud b Nik Omar b Hj Nik Leh mempunyai 2 orang anak iaitu Nik Mohamad Fahmi dan Nik Yusanida.

Update: Nik Yahya @ Nik Hassan b Nik Omar b Hj Nik Leh mempunyai 5 orang anak iaitu Nik Shaheeman, Nik Mohd Yusriman, Dato’ Nik Mohd Shafriman, Nik Mohamed Azleeman dan Nik Nur Syazwani.

Nik Muhammad Noor b Nik Omar b Hj Nik Leh mempunyai 5 orang anak iaitu Nik Norela, Nik Shahril, Nik Nor Asyikin, Nik Nor Norlin dan Nik Azlan.

Gemuloh  Hjh Nik Maimunah bt Nik Aishah bt Hj Nik Leh mempunyai 3 orang anak iaitu Norizan, Ismail dan Noriah.

Gemuloh Hj Nik Salleh b Nik Aishah bt Hj Nik leh mempunyai 6 orang anak iaitu Nik Ibrahim, Gemuloh Nik Mariam, Nik Abdul Rahman, Nik Abdullah, Nik Zaidi dan Nik Azizah.

Gemuloh Nik Khadijah bt Nik Aishah bt Hj Nik Leh, sila rujuk pada catatan Gemuloh Nik Mahmood b Nik Zubaidah bt Hj Nik Leh diatas.

Gemuloh Nik Muhammad b Nik Aishah bt Hj Nik Leh mempunyai 7 orang anak iaitu Nik Nasaruddin, Nik Aniza, Nik Azhar, Nik Aida, Nik Aslina, Nik Tarmizi dan Nik Helmi.

  • Bonda PakNik, Hjh Nik Fatimah bt Nik Aishah bt Hj Nik Leh mempunyai 7 orang anak iaitu PakNik – Nik Hasnan, Nik Hazlan, Nik Hasmawati, Hazlee, Mohd Sukri, Norzaimee dan Norzilawati.

Gemuloh Datin Hjh Nik Tik Kamariah bt Nik Aishah bt Hj Nik Leh tiada zuriat tetapi mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Rohana,Rohani dan Faizal.

Hj Nik Muhammad Noor b Nik Aishah bt Hj Nik Leh mempunyai ramai anak tetapi setakat info terkumpul pada masa itu, anak-anak beliau ialah Nik Aishah, Nik Muhammad Insani, Nik Abdul Rahman, Nik Zulkarnain, Nik Kamariah, Nik Sarah, Nik Mawaddah, Nik Abdul Aziz, Nik Muhaimin dan lain-lain yang tidak sempat PakNik catat pada masa itu!

Hj Nik Mohd Yusoff b Nik Aishah bt Hj Nik Leh mempunyai 6 orang anak iaitu Nik Muhammad Firdaus, Nik Muhammad Nizamuddin, Nik Muhammad Izzuddin, Nik Nadilah, Nik Asma’ dan Nik Muhammad Fitri. Beliau membuka syarikat motivasi QI Consultants di Seksyen 7, Shah Alam.

Nik Hasnah bt Nik Yusoff b Hj Nik leh mempunyai 7 orang anak tetapi PakNik sempat catat 3 nama sahaja iaitu Nik Adnan, Nik Azlan dan Nik Azman.

Datuk Nik Sapeia b Nik Yusoff b Hj Nik Leh mempunyai 4 orang anak iaitu Nik Maria, Nik Marina, Nik Muhammad Fatani dan Nik Muhammad Matin Falik.

Gemuloh Nik Othman b Nik Zainab bt Hj Nik Leh mempunyai 11 orang anak dari 2 isteri. Dengan isteri pertama Wan Hasimah @ Kamariah Bt Wan Zainab, beliau mendapat 4 orang anak iaitu Nik Masli, Nik Malawati, Nik Nasatul Marhaini dan Nik Mohd Mahyuddin. Dengan isteri kedua beliau mendapat 7 orang anak iaitu Nik Faizah, Nik Muhammad Arif, Nik Muhammad Hafiz, Nik Fateh, Nik Fatanah, Nik Muhammad Dahan dan Nik Ilyani.

Nik Fatimah bt Nik Zainab bt Hj Nik Leh mempunyai 5 orang anak. 3 sahaja dari mereka yang dapat PakNik catat nama mereka iaitu Tengku Riayatuddin, Tengku Ratna dan Tengku Rozni Akmal.

PakNik tiada sebarang maklumat tentang keturunan 4 orang anak Nik Zainab bt Hj Nik Leh iaitu Nik Atikah, Nik Rokiah, Nik Maziah dan Nik Muhammad Maliki.

Nik Ibrahim b Nik Zainab bt Hj Nik Leh mempunyai 2 orang anak iaitu Nik Teh Aminah dan Nik Muhammad Abil.

Nik Rosenany bt Nik Zainab bt Hj Nik Leh mempunyai 4 orang anak iaitu Nadia, Mohamed Amir, Nurul Izzah dan Mohamad Afiq. Sila lawati blog keluarga beliau di sini

Nik Muhammad Noor bt Nik Salamah bt Hj Nik Leh mempunyai 3 orang anak iaitu Nik Mohd Adrie, Nik Mohd Azdie dan Nik Alfian.

Nik Ibrahim b Nik Yahya b Hj Nik Leh mempunyai 2 orang anak namun cuma satu sahaja nama anak beliau PakNik ketahui iaitu Nik Muhammad Firdaus.

Nik Muhammad b Nik Yahya b Hj Nik Leh juga mempunyai 2 orang anak iaitu Nik Nur Hidayah dan Nik Ridwan Muhammad.

Anak Nik Yahya b Hj Nik leh dengan isteri kedua, tidak sempat PakNik kumpul maklumat mereka pada masa itu.

Update: Nik Ghayaha b Nik Yahya mempunyai empat orang anak iaitu Nik Daniel Fittry Bin Nik Ghayaha, Nik Adam Danish Bin Nik Ghayaha, Nik Hayzal Hakimi Bin Nik Ghayaha dan Nik Rayyan Zikri Bin Nik Ghayaha

Nik Zaidah bt Nik Yahya mempunyai seorang anak iaitu Wan Alissa Soffia Binti Wan Mohd Sobah

34 thoughts on “Nik Wan Hamad”

  1. salam pak nik…ralit dok baca susur galur yg paknik wat ni…ada sepupu saya nik yusriman b nik hassan…pun berminat untuk mengumpul asal siloh keluarga kita. insyaAllah jika kelapangan, boleh lah kita duduk sembang2.
    mengikut yg saya perhatikan ni, ada sedikit kesilapan pd nama…saya pulak setakat anak belah nik omar boleh lah saya betulkan..itu pun tak semua
    -nik Aisyah (anak sulung)…xtahu sangat (nanti sya try tanyer ma)
    -nik serimas (anak ke2), Nik Faiz, Allahyarham Nik Mahathir, Allahyarham Nik Fauzan, Allahyarham Nik Fauzi, Nik Faizah, Nik Fadilah, Allahyarham Nik Suhaimi dan Nik Faisol
    -nik zainab (anak ke3) mahmood Khamsani, Mahani, Mariani dan Maznah
    -nik mariah (anak ke4) Nik Mustafa Fadhil, Nik Muhammad Kamal, Nik Maznah, Nik Nazim dan Nik Naziah
    -nik mariam (anak ke5) nik azahani, nik azharuddin, nik azmani, nik azizan, nik azina, nik ahmad azmee, nik ibrahim izzuddin, nik azizee (ambo), nik azreen & nik fatimah suziane
    -nik daud (anak ke6) nik fahmi & nik yusanida
    -nik hasan (anak ke7) nik shahiman, nik yusriman, dato nik syafriman, nik azleeman & nik nur syazwani
    -nik mohd nor (anak ke8) Nik Norela, Nik Shahril, Nik nor Asyikin dan Nik nor Norlin

    mungkin nama yg saya bg tu pun ada kesilapan, ada info nnt akan sya buat ammendment

    • Assalamualaikum.. dan salam aidilfitri.

      Saya betulkan sikit:

      – Nik Yahya @ Nik Hassan b Nik Omar (anak ke-7) – Nik Shaheeman, Nik Mohd Yusriman, Dato’ Nik Mohd Shafriman, Nik Mohamed Azleeman, Nik Nur Syazwani

      – Nik Mohd Noor (anak ke-8) – Nik Norela, Nik Shahril, Nik nor Asyikin, Nik nor Norlin dan Nik Azlan.

      Sebelum tu, PakNik ni siapa sebenarnya? Nama penuh apa? Kalau ada kelapangan, rasanya elok kita rapatkan silaturrahim antara kaum kerabat.

      • @Yusriman: Waalaikumus salam & Salam Aidil Fitri.

        Terima kasih di atas pembetulan data. PakNik ialah Nik Hasnan anak Nik Fatimah ( lebih terkenal dengan panggilan Nik Tamar ) binti Nik Aishah ( Lundang ) bt Hj Nik Leh. Kalau tanya Makcik Yam, ibu Nik Aizizie, dia memang kenal mak saya. Insya Allah satu hari kita akan bertemu untuk cuba membina susur galur keluarga kita.

    • @Nik Azizie: Waalaikumus salam:

      Terima kasih atas perkongsian. Ramai rupanya yang dah kembali ke rahmatullah. Melalui Allahyarham Nik Fauzi ( Berek 12 ) PakNik dapat maklumat tentang keluarga kita di Bangkok. Alhamdullah PakNik berkesempatan bertemu dengan keluarga Othman di sana. Mariani anak Makcik Nab PakNik biasa sebab mak PakNik pernah menyewa rumah Makcik Nab di Lundang. Abang Mood Khamsani, PakNik biasa juga sebab pernah ziarah dengan bersama Nik Muhammad Taha. Entri Abg Mood tu PakNik tersilap taip nama dia Muhammad, sepatutnya Mahmood. Syukran sebab penelitian.

      • ya…gemuloh nik fauzi mmg agak rapat dengan sedara di Bangkok…saya jugak pernah ke bangkok…rombongan ke sana, ramai jugak yg pergi…sekitar thn 1993…xsangka ramai lagi sedara kita belah sana…mariam anak pd mokcik (saya pun xsure nama sebenar makcik…lebih mesra dipanggil mokcik)…selalu ke kelate & memang mariam xkan lupa singgah rumah ma (nik mariam)…
        seronok sungguh dapat cantum2 asal siloh kita ni…
        besar keluarga hj nik leh ni…
        tp info ayah pd hj nik leh yg saya dpt dr ma agak berlainan dgn apa yg saya baca dr paknik…

      • @nik azizee:

        Maksud Azizie mokcik mak kepada Sman Mekloy ( Othman ) ke? Saya pernah juga berjumpa ibu Man tu tapi dia hanya tahu berbahasa Thai. PakNik pula broken Thai sahaja pandainya! Info Nik Wan Hamad PakNik dapat daripada Tokcik Sin Kg Laut. Mungkin Aziziee boleh postkan pada komen apa yang berbeza. Ada pembaca blog ini yang mengaku kaum kerabat kita. Dia tinggal di Besut dan dia mendakwa kita dari keturunan Nik Wan Ahmad bin Wan Hassan! Anak Nik Wan Hamad yang bernama Nik Hussain masih ramai anak cucu beliau di Pulau Kundor dan Kg Laut.

      • Keluarga di Bangkok, saya pernah ziarah 2 tahun lepas semasa outstation di sana. Sempat jumpa Hj Shafie dan Pn Mariam. Tapi tak sempat nak bersembang lama sebab tuntutan waktu dan kerja. Pn Mariam ada datang ke KB pada Awal Muharam lepas tapi saya tak sempat berjumpa dengan dia. :) Apapun seperti biasa, Pn Mariam datang berkunjung menjenguk saudara mara di KB. Insya’allah, kalau ada kesempatan ke Bangkok lagi, ingat nak berjumpa keluarga di sana lagi.

      • @Nick:

        Maksud anda, Hj Shafie Napakon yang kerja di Islamic Centre tu ke? Pejabat dia dekat dengan Ramkhamhaeng University tu.

        Kalau ke Bangkok lagi, eloklah pergi ke rumah Sman Mekloy ( Osman ).

  2. boleh beritahu keturunan nik jaafar dan nik ya yang menjadi nama lorong di jalan merbau

  3. Nik ZainalAbidin Ezanee Bin Nik Mahmood said:

    [Petikan daripada susur galur di atas: Nik Pit bt Hj Nik Mat b Hj Nik Leh mempunyai 2 orang anak Nik Zainab dan Nik Salamah].

    Nama saya Nik ZainalAbidin Ezanee Bin Nik Mahmood(Abang Sulong kepada Nik Abdul Hafeizh). Saya adalah suami kepada Nik Bahijaradziah (iaitu anak sulong kepada Nik Zainab bt Nik Pit).

    Salam.

    • @Nik Zainal Abidin Ezanee:

      Alhamdulillah, terima kasih di atas tambahan maklumat! PakNik dimaklumkan bahawa isteri anda Nik Bahijaradziah juga adalah dua pupu anda dari sebelah ayahnya iaitu Nik Mat bin Nik Ismail. Nik Bahijaradziah pula dalam susur galur PakNik sendiri pangkatnya ialah anak dua pupu. :D

  4. nik azizee said:

    salam, lama xbersua di alam maya
    utk pengetahuan pok nik, satu perjumpaan Bako Nik
    akan diadakan pd 6hb 10 2011, sabtu ni di bilik mesyuarat st john kelantan jalan mahmood (dekat dgn hotel perdana)
    kalau pok nik berkesempatan, boleh lah hadirkan diri
    BAko Nik ni grup dlm face book, dipanjangkan utk jdkan satu persatuan yg berdaftar…setelah beberapa kali percubaan di KL gagal
    organiser dio nik azharuddin abe ambo…pok nik mesti kenal…
    poknik ado FB tak? tq

  5. assalamualaikum P.Nik.
    ada tak maklumat tentang Tengku Mariam di daerah Besut Terengganu.maklumat yang saya ada hanya. Tengku Mariam,berkahwin dengan Mat Hassan..dan mempunyai 3 anak.Nik Soh,Nik Mat ( Che daud ) dan seorang anak perempuan tidak di ketahui nama nya.terima kasih

  6. Nik Mahlin bin Nik Lah said:

    Assalamualaikum Pak Nik,saya memang keturunan Nik dari Pattani Thailand,bapa saya ( arwah ) Nik Lah bin Nik Mahmood bin Nik Idris,kalau di Pattani keluarga saya di panggil keturunan Sulaiman,bapa saudara saya ( nik) @ Nai Him Sulaiman pernah menjadi senator wilayah pattani,dan ramai lagi termasuk Dr Nik Adnan dan Dr Nik Mustafa yg membuka klinik di pekan Pattani,saya pernah dtg ke Pattani pada tahun 2003,jadi kurang dpt info berhubung keturunan saya.harap dptlah paknik memberikan sedikit maklumat

    Nik Mahlin bin Nik Lah
    Pasir Gudang Johor

  7. nik nur hidayah said:

    salam semua, saya nik nur hidayah anak sulung kpd nik mohamad, cucu sulung kpd nik yahya b nik leh (kg.pulau panjang) boleh add saya di fb.com/hidayah.azizi insyaallah dpt bkenalan & eratkn lg silaturrahim sesama kita

  8. nik hasni bt nik yaakub said:

    maaf menyampuk,isteri saya nik hasni bt.nik yaakub bin abdullah.Isteri abdullah bernama nik nab.pernah menetap di kg Darau Jerteh,wakaf stan kota bharu dan kuala krai.saya cuba mencari susurgalur keturunan sebelah isteri saya.mana tahu kalau-kalau ada kaitan dgn keturunan pak nik.

  9. Nik Mohamad Fahmi said:

    *Pembetulan:

    Nik Daud bin Nik Omar
    – Nik Mohamad Fahmi
    – Nik Yusanida

  10. Terima kasih PakNik kerana sudi menceritakan susur galur keturunan NIk. Sekurang-kurangnya generasi muda seperti saya mengetahui asal usul saya. Saya cucu kepada Nik Abdullah bin Hj Nik Mat bin Hj Nik Leh dan Nik Embong binti Nik Zubaidah binti Hj Nik Leh. Maaf saya ingin membetulkan nama anak-anak mereka ialah Nik Muhammad, Nik Puziah, Nik Muhammad Noor, Nik Mustafa, Nik Abdul Rahman dan Nik Abdul Rahim.

    • Terima kasih kerana sudi membetulkan fakta. Saya pernah berjumpa beberapa kali dengan Nik Mustafa dan Nik Abdul Rahman kerana saya kerap ke rumah gemuloh mak saudara saya Nik Jah di Pulau Kundor.

  11. Assalamualaikum,

    Saya Nik Ahyasin Bin Nik Yahya
    Cucu kepada Haji Nik Leh, anak bongsu kepada Nik Yahya Bin Haji Nik Leh,

    Terima kasih la pada POK NIK
    Kerana update salsilah keluarga Haji Nik Leh.

    • Update cucu-cucu Nik Yahya Bin Haji Nik Leh

      -Nik Daniel Fittry Bin Nik Ghayaha
      -Nik Adam Danish Bin Nik Ghayaha
      -Nik Hayzal Hakimi Bin Nik Ghayaha
      -Nik Rayyan Zikri Bin Nik Ghayaha
      Anak-anak lelaki Nik Ghayaha Bin Nik Yahya

      -Wan Alissa Soffia Binti Wan Mohd Sobah
      Anak Perempuan kepada Nik Zaidah Binti Nik Yahya

    • @Nik Ahyasin: wa alaikumus salam

      Pangkat Bapa Sepupu PakNik ni cuma umur lebih muda dari PakNik :D

  12. Nik Mahyuddin Nik Othman said:

    Salam Paknik,
    Saya anak bongsu pada gemuloh Nik Othman B Nik Zainab. Saya sgt teruja dgn usaha PakNik utk kumpulkan smua salasilah keluarga Nik ni. Update utk keluarga saya:
    Nama mak saya (isteri pertama gemuloh Nik Othman)
    – Wan Hasimah @ Kamariah Bt Wan Zainab
    Adik beradik saya:
    1. Nik Masli
    2. Nik Malawati
    3. Nik Nasatul Marhaini
    4. Nik Mohd Mahyuddin (saya)

    Sekian terima kasih.

  13. NikFarahDianahNikMohdKamal said:

    Generasi ke 7 doh 😉

  14. Nik Nazim said:

    Salam,
    Apa kata klu generasi loni dikemas kini contoh nya nik azizee xthu anok brp,yusriman ?dari genarasi nik omar

  15. Nik Nazim said:

    Salam, nik azizee
    Apa kata klu dikemas kini generasi nik omar nik leh sehingga terkini

  16. nik azizee said:

    sila lah paknik…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.