Gambar Waris ….

Saya terjumpa laman ini setelah membuat aktiviti  ‘googling’  😀

Gambar-gambar keturunan arwah Nik Ahmad, Langgar, Kota Bharu. Arwah Nik Ahmad merupakan suami kepada nenek saudara saya arwah Nik Zainab ( Tok Cik Nab )

Sila klik di sini untuk melihat gambar-gambar waris ambo. Laman berkenaan dibangunkan oleh En Abdullah bin Mohamad Ali, suami kepada emak sepupu saya Nik Rosenany binti Nik Ahmad.

Fotopages saya…….akan ditambah lagi dari masa ke semasa gambar-gambar waris ambo, insya Allah

Advertisements

Salasilah & Keturunan Sayyid Hussain Jamadil Kubra

Sayyid Hussain Jamadil Kubra adalah tokoh yang kerap disebut namanya ketika membicarakan tentang keturunan Nik dan Wan di kepulauan Melayu.

Salasilah beliau adalah Sayyid Hussain bin Sayyid Ahmad Shah Jalal al-Khan bin Sayyid Abdullah Khan bin Sayyid Abdul Malik al-Azhamat Khan bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad Sahib al-Mirbat bin Sayyid Ali Khali’ Qasam bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi bin Sayyid Ubaidillah bin Sayyid Ahmad al-Muhajir bin Sayyid Isa al-Rumi bin Sayyid Muhammad al-Naqib bin Sayyid Ali al-Uraidhi bin Imam Jaafar al-Sadiq bin Imam Muhammad al-Baqir bin Imam Ali Zainul Abidin bin Sayyidina Hussain bin Sayyidah Fatimah al-Zahra binti Sayyidina Muhammad Rasulullah. Ini adalah berdasarkan salsilah Tok Pulau Manis Continue reading “Salasilah & Keturunan Sayyid Hussain Jamadil Kubra”

Gelaran Nik

Berdasarkan pembacaan saya, gelaran Nik pada awal nama adalah berdasarkan kepada fakta berikut:

  • Gelaran yang diberikan kepada keturunan seperti yang disebut oleh Ustaz Wan Muhammad Saghir, iaitu gelaran yang diberikan oleh Al- ‘Allamah Wan Hussein as-Sanawi kepada keturunan selepas beliau. Menurut salasilah yang saya perolehi pula secara peribadi di Merbau, Kota Bharu, ketika saya menyelidiki tentang perkara ini, Faqih Ali Malibari adalah tokoh yang memberi gelaran Nik kepada keturunan selepas beliau. Faqih Ali Malibari adalah merupakan keturunan Sayyid Hussein Jamadul Kubra.
  • Gelaran Nik yang diberikan oleh raja-raja Melayu kepada individu yang berjasa kepada baginda.
  • Ada juga keturunan raja yang berkahwin dengan rakyat biasa, setelah mendapat anak maka anak mereka diberi gelaran Nik juga. Biasanya ini berlaku jika ibunya adalah keturunan raja dan ayahnya keturunan rakyat biasa.

Ahlan wa sahlan

Blog ini ditulis dengan tujuan utamanya untuk mengeratkan lagi silaturrahim diantara sesama kita, khususnya kepada mereka yang mempunyai pertalian darah dengan saya.

Nik adalah merupakan awal nama keluarga yang terkenal di Kelantan, Terengganu dan Pattani Darus Salam. Terdapat pelbagai teori tentang asal usul nama Nik ini. Pembaca dipersilakan untuk memberi sebarang maklum balas dan komentar bagi menambahkan lagi maklumat untuk blog ini.

Sepertimana saya sebutkan di atas, tujuan utama ialah untuk mempereratkan lagi hubungan kekeluargaan, bukannya bertujuan untuk bermegah-megah. Tambahan pula saya teringat kepada maksud hadith baginda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud, “Tidak ada kelebihan (bangsa) Arab terhadap (bangsa) Ajam kecuali kerana ketaqwaan“.