Label

, , ,

Allahyarham Ustaz Wan Muhammad Saghir pernah menulis artikel berkenaan dengan Al ‘Allamah Al-Hafiz Wan Hussein as Sanawi al-Fatani, pendiri masjid Teluk Manok. Saya pernah berkesempatan solat di masjid berkenaan dan suasana di dalam masjid tersebut, khususnya bahagian asal sangatlah nyaman. 

Menurut kajian Ustaz Wan Muhammad Saghir, Al ‘Allamah Wan Hussein al Fatani dan adik beradik beliau adalah merupakan datuk nenek kepada keturunan Nik dan Wan yang terdapat di Patani, Kelantan dan Terengganu.

Nama lengkap Al Allamah Wan Hussein al Fatani ialah Wan Husein as-Sanawi al-Fathani bin Ali. Ali disebut juga Sultan Qanbul/Qunbul bin Manshur al-Laqihi. Manshur al-Laqihi nama yang sebenarnya ialah Saiyid Ahmad Samman al-Aidrus bin Saiyid Hakim. Saiyid Hakim digelar orang Saiyid Kuning bin Saiyid Husein.

Al ‘Allamah Wan Hussein atau dikenali juga sebagai Tok Masjid menetap di Kg. Sena, yang dibangunkan oleh datuk nenek beliau juga.

Adik beradik Al ‘Allamah Wan Hussein adalah seperti berikut:

  1. Wan Abdullah atau Sultan Umdatuddin atau Wan Abu atau Wan Bo Teri Teri atau Wan Bo saja. Beliau adalah Sultan Cam/Champa, tahun 1471 M – 1478 M.
  2. Wan Husein as-Sanawi, yang diriwayatkan dalam artikel ini.
  3. Wan Demali @ Wan Mali @ Wan Alimuddin. Terdapat sebuah salasilah yang menyebut bahawa beliaulah Laksamana Bentan.
  4. Wan Hasan, beliau menyebarkan Islam di Bangkok.
  5. Wan Jamal.
  6. Wan Biru, adik-beradik yang perempuan.
  7. Wan Senik
  8. Syeikh Wan Muhammad Shalih al-Laqihi, Ustaz Wan Muhammad Saghir adalah keturunan yang kelapan ulama ini, iaitu melalui jalur Syeikh Ahmad al-Fathani.
  9. Maulana Abu Ishaq.

Untuk melihat lebih lanjut tulisan Ustaz Wan Muhammad Saghir tentang Al ‘Allamah Wan Hussein as Sanawi al-Fatani al Hafiz sila lawati laman ini