Gelaran Nik

Berdasarkan pembacaan saya, gelaran Nik pada awal nama adalah berdasarkan kepada fakta berikut:

  • Gelaran yang diberikan kepada keturunan seperti yang disebut oleh Ustaz Wan Muhammad Saghir, iaitu gelaran yang diberikan oleh Al- ‘Allamah Wan Hussein as-Sanawi kepada keturunan selepas beliau. Menurut salasilah yang saya perolehi pula secara peribadi di Merbau, Kota Bharu, ketika saya menyelidiki tentang perkara ini, Faqih Ali Malibari adalah tokoh yang memberi gelaran Nik kepada keturunan selepas beliau. Faqih Ali Malibari adalah merupakan keturunan Sayyid Hussein Jamadul Kubra.
  • Gelaran Nik yang diberikan oleh raja-raja Melayu kepada individu yang berjasa kepada baginda.
  • Ada juga keturunan raja yang berkahwin dengan rakyat biasa, setelah mendapat anak maka anak mereka diberi gelaran Nik juga. Biasanya ini berlaku jika ibunya adalah keturunan raja dan ayahnya keturunan rakyat biasa.
Advertisements

49 thoughts on “Gelaran Nik

  1. Assalamualaikum Pak Nik,

    Nama saya W.M.Naim dan berasal dari Besut, Terengganu. Nenek disebelah mak saya namanya Nik Zabedah bt. Nik Yusof dan Toki bernama Wan Ahmad bin Wan Salleh (Nek). Mengikut salasilah yang saya perolehi dari Pak Sepupu saya Nik Mat Nik Husin, keluarga kami berasal dari galur Faqih Ali Malibari…… Keluarga kami juga ada tinggal di Pasir Hor, keturunan Syed dan di Peringat.

    1. @ W.M.Naim: Wa ‘alaikumus salam. Menurut sedikit penyelidikan yang saya lakukan berkenaan dengan perkara ini, dari salasilah keturunan Nik yang saya dapati daripada Sdr Nik Amir, Jalan Merbau, dijelaskan dalam salasilah berkenaan bahawa Faqih Ali ada memberikan keturunan beliau gelaran Wan dan Nik. Untuk makluman saudara, Syeikh Daud al-Fatani dan juga Nik Mahmud Nik Ismail, Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan suatu ketika dahulu, juga adalah daripada susur galur ini.
      Sekian, sekadar maklumat. Moga-moga boleh dimenfaatkan untuk mengeratkan lagi silaturrahim.

      1. Pak Nik,

        Terimakasih atas maklumat diatas. Abg Syed (3 pupu saya) yang tinggal di Pasir Hor ada juga memaklumkan kepada saya yang beliau mempunyai Salasilah keturunan dari Faqih Ali dan juga surat kebenaran dari Sultan Pahang kepada seorang yang bernama Wan Ahmad (dikatakan Ulama’ Pahang) untuk mengutip cukai dikawasan Endau Rompin.

    2. Salam,
      Keluarga sblh ayah saya keturunan Raja Besut. nenek nama nik bt long (tu je yg tau) .moyang saya berasal dr Malibar.menurut tok sedara dia ni penulis kitab.

      1. Mohon maaf Tuan. ..saya baru baca pertanyaan Tuan. Saya berasal dari Kg Alor Lintang tetapi sekarang menetap di Jalan Bomba, Kg Raja Besut.

        Siapa keluarga Tuan?

  2. adakah sume keturunan Nik yang tinggal di Merbau berasal dari keturunan Faqih ALi?
    bagaimana pula keturunan Nik yang tinggal di kampung Langggar?

    1. @nik:

      Boleh dikatakan kesemua keturunan Nik yang tinggal sepanjang jalan Merbau, Jalan Atas Paloh dan di Langgar adalah dari keturunan Faqih Ali. Kebetulan waris PakNik ramai yang tinggal di kawasan itu.

      1. erm…paknik nih sape nama?saye keturunan nik yg berasal dari kubang pasu….mane lah tau kot2 paknik nih sedara

      2. @aleeya_natassha :

        Paling tidak pon kita saudara seIslam lah. 😀
        Kalau dah ramai saudara di Kubang Pasu dan Langgar, kemungkinan besar memang waris, insya Allah.

        Kalau aleeya waris kepada Nik Azizah keturunan Nik Mahmood Datuk Perdana Menteri yang PakNik tulis artikel dalam blog ini maka memang waris jugak lah dengan PakNik.

  3. salam pak nik..
    saya memang keturunan nik papa saya nik naiffe b. Tan Sri Nik Mustapha Fathil.saya ni salah seorang cucu kepada Tan Sri Nik Mustapha Fathil anak kepada Datuk Perdana Menteri iaitu Nik Mahmood Nik Ismail..Datuk Perdana adalah moyang saya…so NIk Azizah anak kpda DAtuk Perdana tu sedara mara saya gak lah yeahh…so paknik nih waris dengan saya juga laa yeah…

    1. @Nik Malini :

      Wassalam…..kalau sdri merupakan cicit kepada Nik Mahmood Datuk Perdana Menteri Kelantan, maka memang bersaudaralah kita. PakNik kawan baik dengan anak Nik Azizah iaitu Nik Abdul Hafeizh Nik Mahmood. Jika sdri lahir dan menetap di KL MUNGKIN sdri tidak berapa mengenali dengan rapat keluarga Nik Azizah, yang tinggal di Jalan Merbau, Kota Bharu.

      Setakat yang PakNik tahu Tan Sri Nik Mustapha Fathil berkahwin dengan Wan Eshah dan mempunyai seorang anak bernama Nik Khadijah. Harap Nik Malini dapat memberikan maklumat lebih lanjut tentang susur galur sdri.

      Apa-apa pun selamat maju jaya dalam apa jua yang sdri lakukan.

    2. So kite ni sedara la sume nye… saya nik ahmad kamil fahmi bin nik abdul rahman fathil bin tan sri nik mustapha Fathil bin nik mahmood bin nik ismail.. menetap kat pj.

      @Nik malini: nak tanya sikit papa cik malini anak num brpa dri mak yg keberapa? Sbb stau saya anak tan sri nik mustapha ade 21 n 4 org isteri…

      @Paknik: salam paknik xbuat ke dri keturunan nik mahmood bin nik ismail ke bawah.. bole update sikit…

      1. Salam nik fahmi….saya abg pada nik malini..my dady anak yg kedua dari yg terakhir…ibunya isteri yg pertama dan pusaranya ader melor iaitu pusara keluarga dato pengawa.

  4. Salam,

    Saya ni kacukkan Nik & Wan.. Nik sebelah nenek dan Wan sebelah datuk kedua-dua sebelah ibu, tetapi disebabkan ayahanda saya tiada gelaran maka saya pun tiada gelaran (kalau ada pun nak pakai yang mana).

    Arwah nenda saya Nik Nah & Wan Ismail asal dari Langgar tapi menetap di Cabang Tiga Pengkalan Chepa. Saya terdengar dari seorang saudara perempuan cucu adik perempuan nenek saya Nik Rogayah ada ‘makhluk halus’ memberitahunya bahawa keturunan kami asal dari Yunan juga kerana ‘makhluk halus’ tersebut datang bersama moyang kami dari sana.

    Harap dapat membantu saya mengesan keturunan saya kerana saya ni memang tak kenal susur galur. saya sendiri lahir di Sarawak dan menetap di Kuala Lumpur dan hanya pulang Kelantan 2-3 kali setahun. Alhamdulillah masih boleh bercakap kelantan.

    1. @nikwan : Sebenarnya dalam sejarah keluarga Nik & juga Wan, terdapat juga antara keturunan mereka yang memakai kedua-duanya sekali, iaitu Nik Wan. Ayahanda kepada moyang saya bernama Nik Wan Hamad! Tentang susr galur Nik yang berasal dari Yunnan, memang terdapat sejarah yang mengatakan berlaku asimilasi antara keturunan Sayyid dengan rakyat tempatan hingga muncul gelaran Nik dari sana. Wallahu a’lam. Insya ALlah kalau berkesempatan PakNik akan cuba selidik tentang susur galur anda.

  5. Salam PakNik,

    Satu blog yang menarik, kebetulan saya di lahirkan dan dibesarkan di Jalan Merbau. Sekarang menetap di Bangi, Selangor. Saya dah hilang gelaran Nik, sebab ayah bukan Nik.
    Disebelah arwah mak saya, kami keturunan Nik Zinal Abidin bin Nik Ismail ( di gelar juga Tok Konok). Nik Ismail adalah cucu kepada Fakih Ali, dan mengikut salsilah ada kena mengena dengan kaum kerabat Sheikh Daud Pattani.

    Kpd W.M Naim, Nik Dah (cucu Tok Konok) lah yang berkawin dengan Syed Zain diPasir Hor. Saya masih ingat waktu kecil pernah pergi ke Pasir Hor. . Jadi kita ni bersaudara jugak lah.
    Isteri kawe jugak campuran Wan (sebelah mak di Kg Laut) dan Nik (Pasir Putih) tapi tak dapat kesan salsilah..

    PakNik, isteri Datuk Perdana tu bernama Nik Jah ko ? Anak Nik Jah ada tak yang bernama Nik Sihar tak ?

    1. @abedin: Wassalam
      Setakat yang PakNik ketahui, isteri Datuk Perdana Nik Mahmood bernama Nik Mariam Nik Ibrahim. Kalau saudara dari keturunan Tok Kono, mungkin kenal kot dengan Cikgu Nik Hussian, rakan sekelas PakNik semasa di SIC dulu. Mungkin juga kenal dengan Nik Muhammad Taha anak arwah Nik Ismail, Paya Purnama… Nik Muhammad Taha tu dua pupu PakNik kerana arwah ibu beliau adalah emak sepupu PakNik.

  6. PakNik,

    Tok Ayah Il (arwah Nik ismail) sepupu moyang kawe. Anak arwah yang kawe ingat Nik Mat, hok lain tak berapa ingat. Umur saya 51 tahun. Nik Muhammad Taha mungkin kenal arwah tok saudara saya spt Nik Kar, Nik Him, Nik Mat, Nik Ye, Nik Bah, Nik Yah (moyang kawe), dekat dengan tanah surau (surau Tok Konok) depan kubur keling dkt sekolah merbau perempuan.

  7. salam semua…sy nak tau jgk psal skit sbanyak dari laman blog ni sbb syed zain pasir hor tu ialah arwah aboh sy iaitu datuk sy..nama penuh arwah syed zain bin syed mansor al yahya….minta pihak yg tau sdikit sbanyak tntang keturunan sy mmberi komen dan menceritakan tntang susur galur saya……

    1. @Syed Mohd Hafiz: Wassalam
      Setakat yang PakNik selidiki keturunan Al Yahya di Malaysia kebanyakannya dari keturunan Habib Yasin bin Aqil bin Ahmad bin Aqil bin Ahmad bin Yahya yang disemadikan di Bukit Puteri, Terengganu. Anda boleh cuba bertanya pada Facebook Keluarga besar Al Yahya untuk maklumat lanjut.

      1. Paknik,
        Sebelum ni sy pon tahu begitu juge smpi lah tahun 2010 sy pegi majlis di ribat dkt raub, syed ibrahim yg skrg jadi penasihat agama pahang. mereka ni adalah al yahya lain sy lupe nama nt sy cari (ade bukunya, manaqib). maksud nya bukan dari terenganu.
        so kalu al yahya dati pantai timur (trg & klate mgkin nasab kpd Syed YAsin trg. kalau dari pahang dan kebawah spt johor melaka mgkin dari syed/habib di raub tu.
        oh yer nama tmpt tu kuala tekal, raub klu tak silap.

    1. @wassalam

      Salam Ramadan. PakNik dengan Nik Satar ni paling tidak sedara se Islam. Dari sedikit penyelidikan yang PakNik buat, keturunan Dato Perdana salasilahnya sampai kepada Sayyid Hussain Jamadil Kubra. Salasilah keluarga PakNik malangnya tidak selengkap salasilah Dato Perdana. Untuk makluman Nik Satar, PakNik berkawan rapat dengan Nik Abdul Hafiezh Nik Mahmood, anak kepada Nik Azizah Jalan Merbau. Suami Nik Azizah, yang juga bernama Nik Mahmood merupakan anak sepupu kepada arwah bapa saudara thabit PakNik iaitu arwah Nik Mahmood Pulau Kundor. 😀

  8. nama saya nik mohd asri… belah ayah memang xde pon nik ke wan ke.. tapi mak saya nama tuan zainab tuan omar… ni kira keturunan ape ek???hahaha kalu sudi tolong terang skit…

    1. Assalam,
      Mengikut armahum tuan guru saya, wan mmg berasal dari Sayyid Hussein Jamadul Kubra. Syed bermaksud TUAN. jadi ulama dulu nk mendekati rakyat?org melayu mereka melayukan nama tu SYED = TUAN. ramai ktrnn Tuan yg tak tahu mereka ni syed/syarifah. utk Kepastian jmpe la kerbaat TUAN di trg. sbb disana ramai tuan kawin syed/syarifah. dan jiran rumah saya nama Syed Zulfakri bin Tuan Adnan bin Tuan tengah. Ibu dia nama Syarifah. mak Syarifah ayah Tuan.

      1. lorong pak nik ya…kalau diikutkan story yg pernah distorykan oleh gemuloh ayoh ambo…Nik Abdullah Nik Hussein (DY Brothers) (rumah di hujung lorong pak nik Ya
        …nik ya ni adalah seorang yg berjasa pd sultan pada masa itu…Nik yg diperolehi adalah anugerah dr Sultan…
        p/s: mintak maaf ambo lupa dah sejarah ni…yg mana dicritakan oleh ayah ambo masa ambo ting 3…kira2 lebih 23 tahun dah..

  9. Based on Azreen comments same as my Grandfathers name (Dato Sri Amar Diraja,Tan Sri Nik Mustapha Fathil Bin Dato Hj Nik Mahmud)

  10. Salam PakNik dan Nik/Wan yang lain…rupanya susur galur Nik ni banyok sungguh deh..Agaknya Nik dan Wan dari keturunan Tuan Tabal ada kaitan ke dengan Nik dari keturunan Faqih Ali Malibari atau Tok Konok?

  11. Bagaimana dengan Nik Abdul Rahman Bin Hj Nik Man-gelaran Bomoh Diraja satu masa dahulu……

  12. salam..

    Almarhum Datuk saya bernama Nik Yacob Bin Wan Hassan. Diceritakan kepada saya almarhum dulu berkerja di Istana Sultan Kelantan. Almarhum adalah tuan kepada 12 rumah kedai di Berek 12 (Jalan Hospital, KB). Sayangnya saya tidak sempat berjumpa dengan almarhum.

    Kalau sesiapa kenal/tahu dengan Almarhum bolehlah kongsi dgn saya maklumat mengenai almarhum kepada saya. saja nak tahu siapa dan apa kerja beliau semasa hayatnya..

    Almarhum dikebumikan di Banggol, Kelantan.

  13. Assalamualaikum.
    Bapa saya Nik Yusoff Nik Mat asal dari Kg Langgar. Ibu saya Nik Fatimah Nik Ab Rahman asal dari Kg Sireh. Ibu dan bapa saya sepupu kerana datu-datuk saya adalah adik-beradik.
    Datuk saya Nik Ab.Rahman membuka Lorong Pak Nik Man di Pasir Mas atas arahan majikan di Pejabat Tanah.
    Datuk saya Nik Mat tinggal di hadapan Masjid Langgar dan kini diduduki oleh bapa saudara bongsu, Nik Hussain. Malahan ramai keluarga terdekat tinggal di sekitar Masjid Langgar.
    Masalahnya, kami tidak ada maklumat tepat tentang asal keturunan kami. Arwah ibu dan bapa saudara kami pernah menyebut bahawa kami berasal dari lorong Tok Semiyan dan ada darah Yunnan. Memang mata kami sedikit sepet tetapi tidak semestinya keturunan Cina.
    Walau bagaimanapun, saya pernah diberitahu oleh sahabat saya, Arwah S. Othman Kelantan bahawa kami juga berdarah Bugis dan keturunan pelayar(pelaut).
    Arwah datuk saya memang berlayar dengan tongkang besar dari Kota Bharu ke Singapura membawa bijih besi dan beras sebelum zaman Jepun dan sehingga beliau bersara sekitar awal tahun 60-an. Saiz fizikal keluarga kami agak besar.. 5’8 – 6’2″ dan berkulit cerah.
    Dato’ Dr Nik Safiah Karim dan Datuk Abdullah Zakaria (Pakar Sejarah Univ. Malaya) juga pernah menyatakan bahawa kami keturunan Long Yunus.
    Untuk maklumat tuan, rumah Datok Perdana Nik Mahmood sekarang diduduki oleh keluarga duapupu saya, Puan Sri Nik Anida Nik Manshor dan suami beliau Tan Sri Wan Azmi.
    Adakah keturunan Nik dan Wan ada bezanya antara satu sama lain? Apa bezanya antara kerabat Raja Jembal dengan Long Yunus?

    1. @Nik Aman b Nik Yusoff:

      Wa alaikumus salam

      Menurut Nik Seri Paduka, salah seorang tempat rujuk salasilah keluarga PakNik, ayahanda anda iaitu Nik Yusoff b Nik Mat adalah dari keturunan Tuan Tabal kerana ibu kepada Nik Yusoff dikatakan dari keluarga berkenaan. Wallahu a’lam

  14. salam..

    Almarhum Datuk saya bernama Nik Yacob Bin Wan Hassan. Diceritakan kepada saya almarhum dulu berkerja di Istana Sultan Kelantan. Almarhum adalah tuan kepada 12 rumah kedai di Berek 12 (Jalan Hospital, KB). Sayangnya saya tidak sempat berjumpa dengan almarhum.

    Kalau sesiapa kenal/tahu dengan Almarhum bolehlah kongsi dgn saya maklumat mengenai almarhum kepada saya. saja nak tahu siapa dan apa kerja beliau semasa hayatnya..

    Almarhum dikebumikan di Banggol, Kelantan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s