Salasilah & Keturunan Sayyid Hussain Jamadil Kubra

Sayyid Hussain Jamadil Kubra adalah tokoh yang kerap disebut namanya ketika membicarakan tentang keturunan Nik dan Wan di kepulauan Melayu.

Salasilah beliau adalah Sayyid Hussain bin Sayyid Ahmad Shah Jalal al-Khan bin Sayyid Abdullah Khan bin Sayyid Abdul Malik al-Azhamat Khan bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad Sahib al-Mirbat bin Sayyid Ali Khali’ Qasam bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi bin Sayyid Ubaidillah bin Sayyid Ahmad al-Muhajir bin Sayyid Isa al-Rumi bin Sayyid Muhammad al-Naqib bin Sayyid Ali al-Uraidhi bin Imam Jaafar al-Sadiq bin Imam Muhammad al-Baqir bin Imam Ali Zainul Abidin bin Sayyidina Hussain bin Sayyidah Fatimah al-Zahra binti Sayyidina Muhammad Rasulullah. Ini adalah berdasarkan salsilah Tok Pulau Manis

Ayahanda beliau Sayyid Ahmad Shah dikatakan adalah bekas Gabenor di dalam kerajaan Sultan Muhammad Tughlaq.

Sayyid Hussain Jamadil Kubra dikhabarkan tiba di Kelantan pada tahun 1349M bersama adinda beliau Sayyid Thana’ullah atau dikenali juga sebagai Shaykh Saman, anak murid kepada Imam Ibnu Hajar,

Menurut salasilah tersebut, Sayyid Hussain Jamadil Kubra mempunyai tiga orang putera iaitu Maulana Malik Ibrahim, Maulana Ibrahim Akbar dan Sayyid Ali Nurul Alam.

Dari keturunan Maulana Malik Ibrahim dan Sayyid Ali Nurul Alam lah lahirnya para Wali Songo seperti Sunan Ampel, Sunan Bonang, Sunan Gunung Jati, Sunan Kalijaga, Sunan Giri, Sunan Darajat, Sunan Kudus dan Sunan Muria.

Saya tertarik juga dengan salasilah waliyullah Tok Pulau Manis di atas kerana disebut bahawa dari keturunan Sayyid Ali Nurul Alam lah lahirnya Wan Demali, Wan Hussein Telok Manok, Wan Senik, Wan Biru dan lain-lain.

Salasilah Sayyid Hussain Jamadil Kubra yang pernah saya simpan mempunyai sedikit perbezaan dengan salasilah di atas.

Anda boleh juga melihat laman web tentang keturunan kesultanan Melayu di Kepulauan Melayu.

Sumber :

  1. TuanTabal.org
  2. Ahlul Bait Nusantara

58 thoughts on “Salasilah & Keturunan Sayyid Hussain Jamadil Kubra

  1. Wan Zul

    Salam persaudaraan dari saya untuk Pak Nik ….Saya Wan Dari Terengganu. Mengikut cerita org tua kami, Susur galur keluarga kami adalah dari arab berketurunan Syeikh yg berhijrah ke Wilayah Yunan, China (Laluan Sutera) dan berasmilasi di sana dan susur galur kemudiannya berhijrah ke Terengganu (mungkin mengikut jalan Darat kerana di kelantan dan kedah juga ramai yg … See Moreberketurunan Syeikh-Wan) sehingga sekarang. Kami di fahamkan Terjadinya pertukaran nama dari “Syeikh @ Syed” ke “Wan” adalah kerana apabila salah seorang dari keluarga (mungkin perempuan @ Sharifah) berkahwin dengan rakyat tempatan, jadinya nama anaknya bertukar menjadi “Wan” dihadapan. Tiada salasilah yg tercatit atau direkodkan cuma tahu dari cerita mulut ke mulut. hanya 1 dokumen menunjukkan susur galur kami apabila susur galur pertama kamu iaitu Syeikh abdul kadir mewakafkan tanah2 beliau kepada anak cucu cicit keturunannya sahaja. Dan setiap anak cucu cicit yg menduduki tanah tersebut, namanya akan dicatit ke dalam geran tersebut dan dari situ saya dapat melihat susur galur kami dari syeikh kepada wan. Harapan saya disini kalau2 pak nik ada dapat sedikit informasi (jika ada) susur galur kami yg lebih awal lagi dari nenek moyang yg kami ketahui iaitu Syeikh Abdul Kadir. Assalamualaikum.

    1. @ Wan Zul : Wassalamu alaikum

      Ramai pendakwah dari Timur Tengah yang datang ke Kepulauan Melayu, sama ada setelah berasimilasi dengan penduduk tempatan seperti keturunan Sayyid Hussain Jamadil Kubra di India, mahupun yang datang dari China ( sekadar makluman tambahan, Cheng Ho, Laksamana China kuno yang terkenal itu adalah keturunan Sayyid ), mahupun yang datang langsung dari Timur Tengah, khususnya dari Hadratmaut ke rantau ini.
      PakNik tegaskan bahawa PakNik bukanlah pakar dalam bidang ini, tetapi hanya sekadar ingin menghubung silaturrahim, namun PakNik akan cuba selidik tentang Syeikh Abdul Kadir, sekadar termampu, insya Allah.

  2. ahmad bakhtiar

    Asalamualai’kum wbt…

    Saya nak tahu, adakah bila Nik (disebelah perempuan) berkahwin dengan lelaki biasa akan terputus zuriat keturunan bagi pangkal nama nik? Tapi ble keturunan syed msih lagi ada pangkal nama wan jika sebelah perempuan sebelah sharifah…

    1. @Ahmad Bakhtiar
      Wa alaikumus salam
      Setakat pengetahuan PakNik tidak ada undang-undang khusus tentang hal ini tetapi hanya sekadar adat dalam masyarakat kita. Biasanya kalau keturunan Nik sebelah ibu manakala ayah tidak ada Nik, biasanya gelaran berkenaan digugurkan daripada nama anak. Namun ada juga yang tetap memakai gelaran berkenaan walaupun ayahnya bukan dari keturunan Nik..

  3. Abu Seman Awang Besar

    Saya tertarik dengan cerita Wan Zul. Saya juga berketurunan Wan dari seorang Syed bernama Syed Abdul Kadir di Pattani. Syed Abdul Kadir yang hidup di kalangan istana Pattani mempunyai lima anak. Satu dari anaknya bernama Syed Hussin (Tok Lebai Hussin) berhijrah ke Kelantan yang melahirkan anaknya bernama Wan Khalehah yang membiakkan keturunan kami 10 generasi yang lampau. Satu lagi anak Syed Abdul Kadir bernama Syed Muhammad berhijrah ke Terengganu. Tidak diketahui kisahnya oleh kami. Tiga lagi anak-anak Syed Abdul Kadir (tidak diketahui nama berhijrah ke Kedah/Perlis. Adakah Syed Abdul Kadir itu moyang kita bersama? Kunjungi laman keturunan saya di http://syaqadir-pattani.cjb.net. Wassalam.

    1. Nik Muhammad Khusyairi

      Salam..sy berpendapat keturunan tuan berasal drp sultan muzaffar waliullah – nik mustafa@Datu jambu(sultan hamid shah) raja champa – Nik Ali@faqih Ali Dato Maharajalela (sultan patani) – tok kaya ratna diraja – tok banda wan su – wan salamah – wan fatimah – syeid wan idrus al fathani sehingga ke syeid wan daud al fathani…saya agak la,sbb tuan ckp td keturunan tuan berasal drp istana raja patani..

    1. @ al-kelangi:

      Sunan Gunung Jati ialah Syarif Hidayatullah bin Syarif Abdullah bin Nur Alam bin Jamaluddin Akbar bin Ahmad Jalal Syah bin Abdullah Khan bin Abdul Malik bin Alwi bin Syekh Muhammad Shahib Mirbath yang silsilahnya sampai kepada Rasulullah melalui cucunya Imam Husain. Anda boleh melihat salasilah lengkapnya di sini. Manakala Tok Pulau Manis atau nama sebenarnya Syarif Abdul Malik bin Tuanku Syarif Abdullah bin Tuanku Syarif Abdul Qahar bin Tuanku Syarif Muhammad Al-Baghdadi dari keturunan Rasulullah SAW juga.

  4. Muhd Fahmy

    Assalamualaikum wr wb.saya ingin tau apakah salasilah Keluarga Alqudsi bersama Sunan Gunung Jati??? Di Singapura tidak begitu ramai dari kaum Al Qudsi…

    1. @Muhd Fahmy: Wassalamu alaikum wr wb

      Setahu PakNik, terdapat ramai keturunan Al Qudsi di Riau. Cuba anda jalan-jalan ke sana tengok. Nasab keturunan Al Qudsi bersambung kepada Sayyidina Musa al Kazim! Keturunan Al Qudsi dikatakan berasal dari Halab, Syria dari keturunan Syaikh Abi Abdillah al-Husain dari keturunan Rasulullah s.a.w. Sunan Gunung Jati pula merupakan cicit kepada Sayyid Hussain Jamaluddin al Kubra yang juga terkenal dengan gelaran Syaikh Maulana Akbar!

      1. salah rujukan saudara ni..tidak ada keturunan alqudsi dari saidina musa kazim kerana saidina musa kazim berasal dari saidina husain ra. alqudsi pula berasal dari saidina hasan RA.. banyak blog2 sebegini yg keliru dgn hal nasab tanpa merujuk rujukan yg sohih.

  5. elfan

    APAKAH ADA ‘KETURUNAN’ AHLUL BAIT?

    Dlm Al Quran yang menyebut ‘ahlulbait’, rasanya ada 3 (tiga) ayat dan 3 surat.

    1. QS. 11:73: Para Malaikat itu berkata: “Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah”.

    Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya, maka makna ‘ahlulbait’ adalah terdiri dari isteri dari Nabi Ibrahim.

    2. QS. 28:12: Dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusukan(nya) sebelum itu; maka berkatalah Saudara Musa: ‘Maukahkamu aku tunjukkan kepadamu ‘ahlulbait’ yang akan memeliharanya untukmu, dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?

    Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya, maka makna ‘ahlulbait’ adalah meliputi Ibu kandung Nabi Musa As. atau ya Saudara kandung Nabi Musa As.

    3. QS. 33:33: “…Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu ‘ahlulbait’ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”.

    Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya QS. 33: 28, 30 dan 32, maka makna para ahlulbait adalah para isteri Nabi Muhammad SAW.

    Sedangkan ditinjau dari sesudah ayat 33 yakni QS. 33:34, 37 dan 40 maka penggambaran ahlulbaitnya mencakup keluarga besar Nabi Muhammad SAW. para isteri dan anak-anak beliau.

    Jika kita kaitkan dengan makna ketiga ayat di atas dan bukan hanya QS. 33:33, maka lingkup ahlul bait tersebut sifatnya menjadi universal terdiri dari:
    1. Kedua orang tua Saidina Muhammad SAW, sayangnya kedua orang tua beliau ini disaat Saidina Muhammad SAW diangkat sbg ‘nabi’ dan rasul sudah meninggal terlebih dahulu.
    2. Saudara kandung Saidina Muhammad SAW, tapi sayangnya saudara kandung beliau ini, tak ada karena beliau ‘anak tunggal’ dari Bapak Abdullah dengan Ibu Aminah.
    3. Isteri-isteri beliau.
    4. Anak-anak beliau baik perempuan maupun laki-laki. Khusus anak lelaki beliau yang berhak menurunkan ‘nasab’-nya, sayangnya tak ada yang hidup sampai anaknya dewasa, sehingga anak lelakinya tak meninggalkan keturunan.

    Seandainya ada anak lelaki beliau yang berkeluarga, dan ada anak lelaki pula, wah masalah pewaris tahta ‘ahlul bait’ akan semakin seru dan hebat. Mungkin inilah salah satu mukjizat atau hikmah, mengapa Saidina Nabi Muhammad SAW tak diberi oleh Allah SWT anak lelaki sampai usianya dewasa dan berketurunan?. Pasti, perebutan waris tahta ahlul baitnya akan semakin dahsyat.

    Bagaimana tentang pewaris tahta ‘ahlul bait’ dari Bunda Fatimah?. Ya jika merujuk pada QS. 33:4-5 sbb.:

    Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya; dan Dia tidak menjadikan istri-istrimu yang kamu zhihar itu sebagai ibumu, dan Dia tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu (sendiri). Yang demikian itu hanyalah perkataanmu di mulutmu saja. Dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan Dia menunjukkan jalan (yang benar).

    Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapak-bapak mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah, dan jika kamu tidak mengetahui bapak-bapak mereka, maka (panggillah mereka sebagai) saudara-saudaramu seagama dan maula-maulamu. Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang [QS. 33:4-5]
    jelas bahwa Islam tidaklah mengambil garis nasab dari perempuan kecuali bagi Nabi Isa Al Masih yakni bin Maryam. Lalu, apakah anak-anak Bunda Fatimah dengan Saidina Ali boleh kita anggap bernasabkan kepada nasabnya Bunda Fatimah?. ya jika merujuk pada Al Quran maka anak Bunda Fatimah dengan Saidina Ali tidaklah bisa mewariskan nasab Saidina Muhammad SAW.

    Kalaupun kita paksakan, bahwa anak Bunda Fatimah juga ahlul bait, karena kita mau mengambil garis dari perempuannya (Bunda Fatimah), maka untuk selanjutnya yang seharusnya pemegang waris tahta ahlul bait diambil dari anak perempuannya seperti Fatimah dan juga Zainab, bukan Hasan dan Husein sbg penerima warisnya.

    Dengan demikian sistim nasab yang diterapkan itu tidan sistim nasab berzigzag, setelah nasab perempuan lalu lari atau kembali lagi ke nasab laki-laki, ya seharusnya diambil dari nasab perempuan seterusnya.

    Bagaimana Saidina Ali bin Abi Thalib, anak paman Saidina Muhammad SAW, ya jika merujuk pada ayat-ayat ahlul bait pastilah beliau bukan termasuk kelompok ahlul bait. Jadi, anak Saidina Ali bin Abi Thalib baik anak lelakinya mapun perempuan, otomatis tidaklah dapat mewarisi tahta ‘ahlul bait’.

    Kesimpulan dari tulisan di atas, maka pewaris tahta ‘ahlul bait’ yang terakhir hanya tinggal bunda Fatimah. Berarti anaknya Saidina Hasan dan Husein bukanlah pewaris tahta AHLUL BAIT.

    1. @elfan:

      Menarik teori anda tentang ahlu bait Rasulullah s,a,w. Namun kita sebagai seorang Muslim faham bahawa kita perlu mencintai, menghormati dan menyayangi keturunan Rasulullah s,a,w,
      PakNik pun tau anda setuju dengan pandangan ini.
      PakNik ketengahkan sebuah hadith sebagai pedoman kita bersama.
      Imam Al Hakim telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Sayyidina Zaid b Arqam rda, –
      Mereka (ahlul bait) adalah keturunanku, dicipta dari darah dagingku dan dikurniai pengertian serta pengetahuanku. Celakalah orang dari umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui (pemutusan hubungan dengan) mereka. Kepada orang-orang seperti ini, Allah SWT tidak akan menurunkan syafaatku (pertolonganku)”
      Moga-moga kita diberi bimbingan dari Ilahi.

    2. Al Muhibb

      Sidina Hasan Dan saidina Husain adalah ahlul bait..ente jgn buat tafsiran ikut akal kepala ente saja..sedap tekak ente saja mau cakap mcm tu dgn menafikan kedua org cucu Rasulullah s.a.w. sebagai bkn ahlul bait…ataupun mungkin ente ni wahabi ka?

      1. @Al Muhibb:

        Mungkin elok anda bertanya kepada Elfan yang membuat komen kepada post saya tentang Sayyid Hussain Jamadil Kubra kerana beliau yang menyatakan bahawa Sayyidina Hasan r.d.a dan Sayyidina Hussain r.d.a bukan pewaris takhta ahlul bait.

  6. Wan Mazlan Wan Abdullah

    Assalamualaikum Pak Nik, saya juga keturunan yang bermula daripada Wan, baru-baru ini saya ada bertanya ayah saya dan beliau memberitahu keturunan kami berasal daripada Pattani dan saya ada bertemu dengan seorang hamba Allah di kampung saya dan beliau menerangkan bahawa susul galur saya juga berasal daripada Pattani dan sekarang ini saya berminat untuk mencari dan mengetahui salasilah keturunan saya.Dia cuma memberitahu keturunan saya daripada Wan Pattani, diharap Pak Nik dapat membantu sedikit sebanyak…terimakasih

  7. Parang Puting

    Saya ingin bertabya tentang syekh saman atau Syekh Thanaullah., adakah guru kepada Syekh Abdul Samad Al Falimbani.

    1. @Parang Puting:

      Al Arifbillah Syeikh Abdul Samad Falimbani lahir pada tahun 1704M, iaitu hampir 400 tahun selepas Syeikh Thanaullah diberitakan tiba di Kelantan. Jadi tidak mungkin Syeikh Abdul Samad berguru dengan Syeikh Thanaullah atau dikenali juga sebagai Syeikh Saman. Namun daripada info yang sampai kepada kita Syeikh Abdul Samad berguru dengan Syeikh Muhammad Samman semasa di Makkah!

    1. @Nik:

      Setakat info yang PakNik dapati, bagi keturunan Nik yang berasal daripada susur galur Sayyid Hussain Jamadil Kubra, memang daripada keturunan Rasulullah s.a.w.

    1. @Said Afdalnizan: wa alaikumus salam

      Al-Qudsi adalah suatu keluarga yang berasal dari Hallab (Aleppo) Syria. Silsilah keturunan al-Qudsi bersambung kepada al-Qutub al-Jalil al- Syaikh Abi Abdillah al-Husein yang dikenal dengan al-Qudhoib Alban al-Maushuli, di mana nasabnya bersambung kepada al-Ridha bin Musa al-Juun bin Abdullah al-Mahd bin Hasan al-Mutsanna bin Imam Hasan bin Ali bin Abi Talib.

      Untuk keterangan lanjut silat lawati blog ini

  8. Muhd Fahmy

    As’kum Pak Nik…
    Saya dari cucunya Haji Mahmud bin Abdul Hamid tinggal di Jalan Haji Salam Singapura dan setahu saya ada kaitan keluarga Keluarga Abdul Hamid bersama Al Qudsi. dan adakah Al Qudsi berkenaan dengan keluarga BaSyaiban? Apakah kluarga al Qudsi kena mengena dengan Sunan Gunung Jati?. \Terima Kasih…

  9. NIK KAMARUDDIN BIN NIK HITAM

    Saya ada satu salasilah keturunan nik di terengganu…nama ayah saya nik hitam bin nik long bin nik loh bin nik wan hitam bin wan ngah bin wan abdul rahman bin wan musa bin wan sulaiman bin tuan seri salwi(tuk bukit) bin WAN ISMAIL….sampai pada saya keturunan ke 12 dah…keturunan kami ramai di losong,seberang baroh,cabang 3…..di kuala terengganu

  10. menurut mak,keturunan kami dr cik siti wan kembang dan ku biru.dan pantang larangnye buloh betong dan ikan kekacang.
    arwah atok melarang kami meletak name gelarn name kami sbb tknk ade yg riak.kg saya kg padang mandol tumpat kelantan

  11. 'Abdu-r-Rahmaan

    Al-hamdu li-Llah mohon pencerahan: Syaykh/Sayyid/Syariyf ‘Abdu-l-Qadir bin ‘Abdu-l-Jabbar bin `Abuw Muwsa Muhammad bin Syaykh ‘Abdu-l-Qadir al-Jiylaniy. Jazaka-Llahu khayra.

  12. ketika Nabi s. ‘a.w mendukung al-Hasan dan al-Husayn, baginda s. ‘a.w bersabda:

    Ertinya:

    “Tiap-tiap anak ada bapanya, sesungguhnya asabah (keturunan) mereka mengikut bapa mereka kecuali anak Fatimah bahawa sesungguhnya akulah bapa mereka dan asabah mereka.
    hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Tirmizi..

    tapi pelik kan, bila kita cerita pasal ahlul bait jer mesti orang cakap syiah, sedangkan kata2 imam Syafie sendiri ” sekiranya aku mencintai keturunan Rasulullah dianggap golongan Rafidhi maka dengan nama Allah dan Rasul sesungguhnya aku dari golongan Rafidhi”..renungkan

  13. Jika ikut banyak salasilah Sayyid Hussein Jamadil Kubro
    akan mendapati bahawa bermula gelar NIK itu melalui putera-putera Wan Abul Muzaffar Waliyullah
    kemudian bertukar menjadi WAN semula selang beberapa generasi kemudian
    bagaimana pun permulaan nama WAN dalam salasilah Sayyid Hussein Jamadil Kubro ialah putera-putera Sayyid Ali Nurul Alam
    gelar TUAN pula bermula dengan putera-putera Wan Daim Dato’ Pengkalan Tua
    … jadi yang patik tiada faham ialah kenapa dalam tradisi kerabat DiRaja Jembal menggunakan gelar Wan dan Nik silih berganti …

    p/s: patik tiada gelar Nik mahun pun Wan

  14. altaufik2909@hotmail.com

    Assalamualaikum….

    Ada atau tidak dalam pengetahuan pak nik tentang perang yg berlaku di kawasan yg di panggil saujana sampai ke benting lintang terengganu.sebab pernah di ceritakan oleh ayah saya bahawa pernah berlaku perang besar suatu ketika dahulu. Kesannya masih dapat di lihat pada awal tahun1900 dulu di mana sekiranya ada pengalian lubang yg dalamnya melebihi 3 kaki akn terjumpa kesan lendir darah.

    Wallahualam

  15. saya keturunan Al Qudsi, nama saya wahyu diputra bin said mustafa bin said husin bin said muhammad , nenek moyang saya berasal dari mandah , indragiri hilir , riau.
    menurut sepupu saya said muhammad memiliki saudara di singapura yaitu said abdurrahman.

    1. sayid rizam bin sayid sagap bin salim

      Asalamualikum sya sayid rizam bin said sgap bin salim saya dari jambi sya kbingungan masalah nasab sya karna di jambi nasab alqudsi ini tidak trctat asal muasal datang kjambi. Ana juga mau brtanya tetapi kakek buyut ana trmasuk aba ana kurang begitu mngrti. Mohon bantuannya

  16. Aja Saidatul Karimah

    Assalamu ‘alaikum..
    Pak Nik.. Ma’af saya mau tanya tentang keturunan Al Qudsi dari jalur Sayidina Musa al Kazim.
    Mau tanya tiga nama keturunan langsung dari Sayidina Musa al Kazim (anak..cucu dan cicitnya Beliau) yg mempunyai Fam Al Qudsi..
    Terima kasih..

  17. TokWan

    Pak Nik,

    Moyang saya adalah Saiyyid Diman Baginda. Mohon Pak Nik bagi tahu mengenai salsilah keturunan moyang saya.

    Sekian, terioma kasih.

    1. Baginda Diman

      TokWan…..saya juga keturunan Sayyid Baginda Diman…..mungkin kita satu keturunan?….minta hubungi saya 0129013993 atau email faisol.ismail@gmail.com
      Fb saya Baginda Diman minta tolong add
      Sangat penting TokWan untuk lengkapkan salasilah keturunan…..Syukran

  18. sayid rizam bin sayid sagap bin salim

    Asalam mualkum saya dari jambi. Ane al qudsi. Ana binggung masalah nasab dan alqudsi prtama datang ke jambi . Dan mohon bantuan antum sekalian. Karna d jambi kurang bgitu jelas dan tidak tercatat.

  19. sapinah kasor

    Assalamu alaikum
    Pak Nik…
    Maaf saya ingin bertanya tentang keturunan sayid Ibrahim hadrami dan saudara nya
    Sekian Terima kasih

  20. zakaria

    Assalamualaikum Pok Nik,

    Saya amat tertarik dengan usaha gigih Pok Nik menyusun salasilah. Di sini saya mohon pencerahan, apakah aliran fahaman yang bermula dari Sayyid Hussain Jamadil Kubra? Lebih jelas, saya mahu kepastian samaada Sayyid Hussain dari fahaman Sunnah Wal Jamaah bermazhab apa atau Syiah bermazhab apa. Maaf, kalau pertanyaan saya menimbulkan ketidaksenangan Pok NIk. Cuma saya berniat untuk perncerahan pencarian saya dalam agama.
    Sekian terima kasih.

  21. Mohd saiful bahry bin omar

    Assalamualaikun..saya nak bertanya paknik..saya dri sebuah kmpung di tepi sungai golok kelantan..selalu berpesan..jga nama baik keturunan..mu tu keturunan baik..nenek saya bernama lebar bt awang bin merah…sebelah ibu saya..sebelah arwah ayah ibu bgtahu dari bangkok..sami no 2 di wat besar bangkok..anak saya semasa lahir dikatakan salah bubh nama kerana selalu sakit mesti di panggil dgn nama sayed.selepas itu barulah ok..dgn kehendak allah semuanya..allah jadikan sesuatu dengan sebab…sekadar pencerahan pak nik

  22. othman

    1. Sejarah

    KETURUNAN AYAH

    NAMA KELUARGA AL-BAHWAQAH

    AL-SYED HILAL turun kepada AL-SYED ABDULRAHMAN turun kepada AL-SYED SYARIF turun kepada AL-SYED SAID kepada AL-SYED DAHAMAN turun turun kepada SHEIKH ABDULLAH.

    Mengikut cerita lisan, keturunan awal keluarga adalah SYED. Nenek moyang adalah ketua bagi keluarga bani AL-BAHWAQAH di Daerah Hadharal Maut di Yaman, yang mana Bani ini adalah salah satu puak menentang penjajahan Inggeris di Negara Yaman. Oleh kerana tidak tahan dengan serangan dan tekanan dari pihak Inggeris, Pada tahun hijrah 1289 – 1290, Syed Abdullah dan seorang adiknya telah telah mengambil keputusan untuk keluar daripada negara Yaman, dengan menaiki kapal ke India, beliau menjadi buruan Inggeris, moyang telah meneruskan pelarian ke Pulau Pinang, pada masa itu Pulau Pinang di bawah pemerintahan Inggeris. Untuk keselamatan moyang Syed Abdullah telah menukar nama dari pada Syed kepada Sheikh. Dan ini telah kekal sehingga kini. Adik kepada Sheikh Abdullah telah turun di Pulau Pinang.(dikatakan pada satu masa pernah adiknya menghantar surat kepada Tok Ki (Sheikh Muhammad) minta hantar duit untuk tambang datang ke Terengganu pada satu masa dulu, walau bagaimana pun mungkin kesusahan pada masa itu permintaannya tidak ditunaikan. Mengikut cerita lagi, adiknya telah pergi ke Indonesia) Keturunannya tidak dapat dikesan hingga kini. Sheikh Abdullah telah meneruskan perlayaran ke Singapura, Singapura pada masa itu pun di bawah pemerintahan Inggeris. Oleh itu moyang telah meneruskan pelayaran dan sampailah ke negeri Terengganu. Sheikh Abdullah telah mendarat di negeri Terengganu dan meminta perlindungan daripada Sultan Terengganu. Beliau telah diserahkan oleh Sultan Terengganu kepada keluarga Syed Al-Saggof di Kuala Terengganu.

    Dari catatan

    – Pada 09 Jamadil Awal Tahun 1290h, Saya Sheikh Abdullah Bin Said Al Bahwaqah sampai ke dalam Negeri Terengganu.
    – Pada Malam Isnin (tarikh tidak dapat dibaca) – Sheikh Abdullah telah kahwin dengan Khadijah Binti Sheikh Said Badawi.
    – Pada Hari Sabtu 20 Rejab 1295h Khadijah telah beranak lelaki namanya Sheikh Muhammad.
    – Pada Malam Isnin 19 Syaaban 1314 Sheikh Muhammad kahwin dengan Aminah Binti Haji Muhammad Min Besut.
    – Pada 1316 Aminah beranak Seorang Anak Lelaki – Kembali Kerahmatullah.
    – Pada Malam Jumaat 16 Jamadil Awal 1325 Sheikh Muhammad Telah Bercerai Dengan Aminah.
    – Pada Malam Khamis 19 Syaaban 1328 Sheikh Muhammad Berkahwin Dengan Wan Aishah Binti Sheikh Said _ Terengganu.
    – 14 Ramadhan 1328 Sheikh Muhammad Bercerai Dengan Wan Aishah.
    – Pada malam jumaat 14 Rabiul Awal 1329 Sheikh Muhammad berkahwin dengan Kalsum binti Abdullah dari Kampung Keluang, Besut belanja RM30.00.
    – Pada malam sabtu 22 Rejab 1330 Kalsum beranak perempuan nama Patimah.
    – Pada malam Isnin 11 Syawal 1330 Sheikh Muhammad telah berkahwin dengan Wan Nik binti Sheikh Said, Terengganu, belanja RM40.00.
    – Pada hari Khamis 2 Zul kaidah 1331 bercerai dengan Wan Nik.
    – Pada malam Khamis 19 Zulhijah Sheikh Muhammad rujuk Wan Nik.
    – Hari Ahad 17 Muharram 1332 Sheikh Muhammad bercerai dengan Kalsum.
    – Pada 20 Rabi’ul Awal 1332 Sheikh Muhammad rujuk Kalsum.
    – Pada Jamadil Awal 1332 Kalsum beranak lelaki bernama Abdullah.
    – Pada hari khamis 10 Syaaban 1335 Kalsum beranak perempuan bernama Khadijah, kembali ke Rahmatullah.
    – Pada hari Jumaat 16 Zulkaidah 1336 Wan Nik beranak perempuan nama …….. kembali ke Rahmatullah
    – Pada hari Selasa 14 Zulhijjah 1338 Wan Nik beranak laki-laki bernama Ahmad (Sheikh Ahmad)
    – Pada hari Jumaat 10 Rabi’ul Akhir 1338 Kalsum beranak perempuan nama Siti.
    – Pada malam ahad 6 Muharram 1339 Siti kembali ke Rahmatullah
    – Pada malam sabtu 1 Muharram 1340 Kalsum beranak laki-laki nama Ali (Sheikh Ali)
    – Pada malam ahad 20 Rabi’ul awal 1343 Kalsum beranak perempuan nama Sapiah
    – Pada 1.3.1344 Wan Nik beranak perempuan nama Halimah (Telah meninggal pada ?
    – Pada 17.5.1345 Kalsum beranak perempuan nama Zainab – kembali kerahmatullah
    – Pada 27.7.1347 Kalsum beranak laki-laki nama Ismail – kembali kerahmatullah
    – Pada malam jumaat 1 Zulkaidah 1349 Wan Nik beranak laki-laki nama Hashim (Sheikh Hashim)(meninggal pada
    – Pada lebih kurang tahun 1363 Abdullah kembali ke Rahmatullah
    – Pada malam Jumaat 7 Rabi’ul awal 1349 Kalsum beranak laki-laki nama Yusuf (Sheikh Yusuf) (meninggal pada 21 Ogos 1996).
    – Pada malam isnin ( tarikh tidak dapat dibaca) Sheikh Muhammad bin Sheikh Abdullah bin Syed Said bin Syed Dahman bin Syed Sharif bin Syed Abdul Rahman bin Syed Hilal Al Bahwaqah kembali kerahmatullah. Allahualam.

  23. Ahmad

    Saya simpan silsilah keluarga sebelah bapa yg mana 3 jalur daripada satu moyang lelaki bernama Badruddin bin Abdul Malik bin Abdullah bin Abdul Qahhar bin Muhammad al Baghdadi daripada anaknya Daud dan Isa dan yg sebelah ibu disimpan oleh bapa sepupu iaitu En Wan Abdul Majid bin Wan Hj Abdul Latif (Tok Teh Hj Jerteh) bin Wan Abdul Qadir. Namun yg sebelah bapa saya hitung yg ke 34 melalui Abdullah bin Hassan bin Hassan. Wallahu a’lam

Tinggalkan Jawapan kepada elfan Batal balasan