Label

Sekadar ta’ruf diri saya. Kalau mengikut adat kebiasaan, sepatutnya saya tidak memiliki gelaran Nik dipangkal nama saya atau seperti yang pernah bapa saudara saya Hj Nik Daud berseloroh Nik celop tetapi memandangkan ibu saya adalah dari keturunan Nik, maka saya diberi gelaran berkenaan jua. Ada juga bapa yang berketurunan Nik tetapi tidak memberikan gelaran itu kepada anak-anaknya.

Secara ringkasnya, dari sisi susur galur keturunan Nik, saya ialah Nik Hasnan ( Gombak ) bin Nik Fatimah ( Panji, Kota Bharu ) binti Nik Ismail ( Lundang ) bin Nik Muhammad bin Nik Endut.

Dari satu lagi susur galur, Nik Hasnan bin Nik Fatimah binti Nik Sah A’ishah? (Lundang ) binti Hj Nik Salleh ( Pulau Panjang ) bin Nik Wan Hamad.

Tidak lupa juga susur galur dari ayah saya, Nik Hasnan bin Abdullah ( Panji ) – sudah kembali ke rahmatullah, bin Omar ( Kg Gua, Salor ) bin Abu Bakar bin Ali.

Dari sisi keturunan Nik, kebanyakan keluarga PakNik tinggal di Pulau Kundor, Pulau Panjang, Jalan Atas Paloh, Jalan Merbau, Kg Laut, Kg Langgar dan juga ada yang tinggal di Terengganu.

Di Kuala Lumpur pun ramai juga.

About these ads