Label

,

Esok, Umat Islam di Malaysia akan merayakan Eidul Fitri. Hari kemenangan selepas sebulan berjuang menundukkan hawa nafsu dengan menjalani ibadah puasa Ramadan.

Ia juga bermaksud, Ramadan akan meninggalkan kita. Apakah Ramadan kali ini berjaya mengembalikan diri kita kepada fitrah semula jadi yakni bebas dan bersih dari dosa, sepertimana yang dinyatakan di dalam hadith Rasulullah s.a.w?

Bagi yang akan memulakan perjalanan pulang pada saat akhir ini atau kata orang kampung ambo – hari buat ketupat – berhati-hatilah dalam perjalanan agar selamat sampai menemui orang-orang yang tersayang!

Salam Eidul Fitri, semoga diterima segala amalan kita. Maaf Zahir Batin!