Label

, , ,

Umat Islam di Malaysia di jangka akan bertemu kembali dengan Ramadan al Mubarak pada hari Isnin depan.

Sama-samalah kita menadah tangan berdoa ke hadrat Ilahi agar dicampakkan ke dalam hati kita ini perasaan gembira dengan kedatangan bulan yang penuh berkat ini, sepertimana halnya para Sahabat rda.

Para Salafus Soleh diriwayatkan berdoa dengan doa ini ketika hampirnya Ramadan…

اللّهُمَّ اَهِّلَهُ عَلَينَا بِالاَمْنِ وَاْلاِيمَانِ وَالسَّلَامَة وَاْلاِسْلَامِ وَالتَّوفِيقِ لِمَا تُحِبُّهُ وَتَرضَاهُ

Yang bermaksud: “Ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan redhai.”

Antara langkah yang perlu kita lakukan ialah:

  1. Berdoa agar kita dipertemukan dengan Ramadan.
  2. Berazam untuk menjadikan Ramadan tahun ini sebaik-baik Ramadan dengan menganggap ini mungkin Ramadan terakhir kita.
  3. Terus istiqamah mendirikan solat sebaiknya secara jemaah. Alangkah pincangnya mereka yang berpuasa namun tidak mendirikan solat!
  4. Berhemah dalam berbelanja, sama ada semasa berbuka mahupun ketika hendak menyambut Eidul Fitri nanti. Sentiasa ingatkan diri kita bahawa orang yang membazir itu adalah saudara Syaitan!
  5. Berusaha mengkhatamkan al Qur’an dalam bulan Ramadan. Jika Imamuna al-Shafi’i diriwayatkan dapat mengkhatamkan al-Qur’an dua kali sehari dalam bulan Ramadan, setidak-tidaknya kita diberi kekuatan untuk mengkhatamkan paling tidak sekali sepanjang Ramadan!
  6. Penuhi malam-malam Ramadan dengan solat tarawih tanpa berbalah sama ada ianya lapan mahupun 20 rakaat! Ingatlah bahawa Ramadan datang setahun sekali, maka sudah pasti kita mahu beramal sebanyak mungkin.
  7. Perbanyakkan sadaqah dan juga menjamu orang berbuka puasa.
  8. Dirikanlah qiyamullail kerana anda sememangnya sudah pun qiyam untuk bersahur. Jadi pergunakanlah sedikit waktu yang ada sama ada sebelum bersahur mahupun sebelum subuh untuk solat Tahajjud!
  9. Rebutlah peluang untuk mendapat Lailatul Qadar pada sepuluh akhir Ramadan, janganlah pada sepuluh akhir Ramadan anda jadikan ia lailatul kamdar!      :P
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rajab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.” ( Hadith riwayat Imam Ahmad & Imam Tabrani).
Sumber: