Label

, , ,

Eidul Fitri adalah hari kebesaran Islam di mana umat Islam merayakan kemenangan kembalinya diri kepada fitrah asal ( yakni bersih daripada dosa ), setelah sebulan bermujahadah di bulan Ramadhan al Mubarak!

Sabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)
(Imam  al-Bukhari: Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)

Antara amalan yang disunnahkan pada pagi 1 Syawwal ialah:

  • Mandi Sunat Eidul Fitri – Diriwayatkan dari Imam Nafi’ bahawa Sayyidina Ibnu Umar rda akan mandi pada pagi raya sebelum ke tempat solat. Imam Ibnu Qudamah berkata, ” Adalah digalakkan untuk mandi pada pagi Eid. Sayyidina Ibnu Umar rda dilaporkan akan mandi pada pagi hari raya dan dilaporkan bahawa Sayyidina Ali krw juga melakukan demikian. Lafaz niatnya : Sahaja Aku Mandi Sunat Idul Fitri Kerana Allah Taala
  • Memakai pakaian paling baik/baru – Imam Malik rda berkata, “Aku mendengar bahawa para ulama’ menggalakkan penggunaan wangian dan mencantikkan diri pada setiap Eid.” Imam Ibnu Qayyim berkata, “Rasulullah s.a.w akan memakai pakaian terbaik baginda untuk menunaikan soalt Eid!”
  • Makan terlebih dahulu sebelum pergi solat – Sayyidina Anas bin Malik rda meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak akan meninggalkan rumah ( untuk ke masjid ) pada hari Eid kecuali setelah baginda memakan beberapa biji kurma.”
  • Memperbanyakkan takbir – bermula dari malam raya bagi Eidul Fitri sehinggalah saat hendak didirikan solat Eidul Fitri.
  • Mengucap tahniah – Bila bertemu dengan rakan taulan ucaplah “Taqabbalallahu minna wa minkum – moga-moga Allah menerima amalan dari kami dan amalan kamu.”
  • Pergi dan balik dari tempat solat mengikut jalan berbeza – Sayyidina Jabir rda meriwayatkan, ” Adalah Rasulullah s.a.w pada hari Eid, baginda mengambil jalan yang berbeza.” ( al-Hafiz Ibnu Hajar: Fath al Bari-2/472986). Dari Abi Hurairah, berkata ia, adalah Nabi SAW keluar pada hari raya dan kembali dengan jalan yang lain dari jalan ia keluar daripadanya.”
  • Bermaaf-maafan terutama dengan kedua ibubapa. Elakkanlah bersalam-salaman dengan bukan mahram kita kerana kita bermaaf maafan dengan tujuan untuk dihapuskan dosa, bukan menambahnya!
  • Ziarah menziarahi sanak saudara.
Sumber: JAIS