Dalam tempoh kurang daripada sebulan pemergian gemuloh mak saudara PakNik, iaitu gemuloh Nik Nah, seorang lagi emak saudara PakNik telah kembali ke rahmatullah.

Gemuloh Datin Nik Kamariah Nik Ismail atau lebih dikenali dengan nama Nik Tik telah pulang ke rahmatullah pada jam 6.10 petang semalam di Hospital Serdang.

Gemuloh diberitakan terjatuh ketika dalam bilik air di rumah anaknya Rohana di Bandar Kinrara 5.

Jenazah selamat disempurnakan di Masjid Al Ehsan Bandar Kinrara 5 dan telah disemadikan di tanah perkuburan Islam di Bandar Kinrara 1…

Al Fatihah