Label

, , , , , , ,

Alhamdulillah, setelah banyak tahun tidak berkesempatan melawat bandar Hatyai dan Songkhla, minggu lepas direzekikan dapat ziarah ke sana. Kesempatan yang ada digunakan untuk menziarahi besan PakNik di Hatyai Nai.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Beliau berasal dari Pathumthani di utara Bangkok namun kini menetap di Hatyai dan menjalankan bisnes sendiri. Pejabat beliau terletak berhampiran dengan Masjid Kuan Lang di Hatyai Nai. Isteri beliau pula, yang berasal dari Kedah Darul Aman berniaga kuih muih di bandar Hatyai. Sempat pula pergi bersantai ke Chalathat Beach di Songkhla. Sebelum itu makan tengahari di sebuah kedai makan di Khaosan Road, bersebelahan dengan Masjid Al Hidayah di Songkhla

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Beberapa tips perjalanan.

Pertama, jika anda ingin membawa kenderaan sendiri pastikan anda isi minyak penuh-penuh kerana harga minyak dan NGV di Thailand lebih mahal dari di Malaysia!

Kedua, jika anda membawa kenderaan sendiri, pastikan anda membawa geran asal dan fotostat geran. Beli insurans Thai di bandar berdekatan dengan sempadan. Banyak papan tanda boleh anda lihat yang menawarkan khidmat berkenaan. Untuk insuran selama seminggu anda perlu bayar RM18.00. Pastikan juga anda dapatkan Kad Masuk ke Thailand dan tukar duit siap-siap kerana jika anda tukar duit di Hatyai anda mungkin tidak dapat tukaran yang memuaskan!

Ketiga, setelah cop pasport, anda perlu bawa pasport anda dan fotostat geran kenderaan untuk mendapat surat daripada Kastam Thailand. Semasa cop pasport biasanya pegawai imigresen Thai akan minta RM2.00 seorang sebagai ‘entry fee

Keempat, elok juga dapatkan kad sim prabayar semasa di Danok. Kad sim prepaid termurah ialah Tune. Anda boleh dapatkan di kedai-kedai di Danok ataupun di 7 Eleven dengan harga THB20. Jika anda ke airport Hatyai, kad Tune diberikan secara percuma untuk pelancong. Kad prabayar DTAC berharga THB50 manakala kad prabayar AIS ialah THB100!

IMG-20141031-00031 (FILEminimizer)