Alhamdulillah, suatu majlis silaturrahim antara keturunan Hj Nik Leh yang menetap di Lembah Klang telah dapat di adakan di rumah KakNi ( Hjh Nik Azahani ) dan Hj Intizam di Lorong Sepakat 1, Gombak. pada hari Sabtu lepas, jam 9 pagi.

Antara keluarga yang dapat hadir selain daripada keluarga PakNik pada pertemuan berkenaan ialah keluarga Hj Nik Mohd Yusoff ( cucu Hj Nik Leh ), keluarga Hjh Mzenah Mustapha, keluarga Nik Azizan dan keluarga Nik Fatimah Suziane.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga, jazakumullahu khairan kathira kepada tuan rumah iaitu Hj Intizam dan Kak Ni sekeluarga.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.