Alhamdulillah, mesyuarat pertama ke arah sambutan Hari Keluarga Hj Nik Leh, yang dapat menghimpunkan 3 generasi Keluarga Hj Nik Leh telah dapat diadakan di rumah Nik Azizee b Nik Mariam bt Nik Omar b Hj Nik Leh bertempat di Taman Subang Murni.

Terima kasih tidak terhingga kepada Nik Azizee dan keluarga kerana sudi menerima kehadiran kami,

Mesyuarat di hadiri oleh Hj Nik Yusoff & Hj Nik Mohd Nor yang merupakan cucu kepada Hj Nik Leh serta isteri masing-masing. Turut hadir PakNik, Ahmad Shihan, Nik Rahim, Nik Mohd Firdaus serta tuan rumah Nik Azizee semuanya merupakan  cicit Hj Nik Leh serta Nik Badli Hisham dan Nik Azfa Ahamad iaitu ciut Hj Nik Leh. Yang tidak dapat hadir ialah Nik Abdul Rahim Nik Dah yang terlibat dengan acara gotong royong kawasan taman tempat beliau tinggal di Bangi.

Mudah-mudahan usaha untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara keturunan Hj Nik Leh ini dipermudahkan dan dapat berjalan lancar kelak, in sya Allah…

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.