Info

Blog ini cuba mengumpulkan maklumat secara amnya tentang keturunan Hj Nik Salleh bin Nik Wan Hamad, Kg Pulau Panjang, Kedai Buloh Kelantan, moyang saya dari sebelah ibu dan juga keturunan Nik Ismail bin Nik Muhammad bin Nik Endut, datuk saya dari sebelah ibu juga!

Sekadar untuk menghubungkan kembali hubungan persaudaraan. Dalam era globalisasi kini, yang sedihnya kita mempunyai begitu ramai kawan dan kenalan daripada laman sosial seperti Facebook, Friendster, MySpace dan sebagainya namun begitu ramai yang tidak mengenali saudara dua pupunya sendiri.

Saya mengalu-alukan sebarang maklum balas dari keturunan Hj Nik Leh dan juga keturunan adik beradik beliau, sama ada yang mengenali saya, lebih-lebih lagi yang belum mengenali saya.

7 thoughts on “Info”

  1. Nik Mansor bin Nik Mustapha said:

    saya dari keturunan ini…….

    • @Nik Mansor:

      Salam persaudaraan. PakNik amat berharap jika dapat anda berikan salslilah lengkap sehingga Hj Nik Leh paling kurang. PakNik dari sebelah ibu adalah Nik Hasnan bin Nik Fatimah binti Nik Aisyah binti Hj Nik Leh bin Nik Wan Hamad, sekadar memberi contoh. Syukran

  2. sy pon nk cari silsilah jgk ni…ayah saya dok kg laut…nik mohammad bin nik yusoff bin nik daud bin nik yahya…silsilah ni jgk x??

    • @ haikie:

      PakNik memang ada saudara mara di Kg Laut. Arwah datuk saudara PakNik, Nik Hussin memang tinggal di situ. Keturunan kepada Adik beradik moyang PakNik ada yang tinggal di Kg Laut. Cuba bertanya kepada orang tua dalam keluarga anda jika mengenali Hj Nik Leh Pulau Panjang, Nik Sah ( Aishah ) Lundang ataupun Nik Yahya. Kalau memang nama-nama di atas terbukti saudara mara anda, maka alhamdulillah, bertemu lagi PakNik dengan saudara mara yang belum dikenali sebelum ini… 😀

  3. Nik Mohd Hafizan Bin Abdul Rahim said:

    rumah pak nik alik mana..boleh wi no tepon ko..no saya 0179121115 @ 019-9797353

  4. haji nik salleh tuk saudara saya

  5. Salam silaturrahim dari saya di Indonesia. Saya juga berkhidmat di dalam pencatatan keluarga. Saya senang melihat usaha Anda. Semoga Allah memberkahi Anda beserta keluarga semua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s