Salam Takziah

Telah pulang ke rahmatullah Hj Rosli b Hj Yaacob,  dua pupu PakNik setelah mengalami sakit akibat kanser. Gemuloh berusia 55 tahun meninggalkan isteri Pn Norasiah Alias serta 6 orang anak. 
Gemuloh selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara

Advertisements

Nik Rahanah bt Muhammad dalam kenangan

Pos tentang kepulangan ke rahmatullah Kak Nah atau Hjh Nik Rahanah bt Muhammad ni akan saya update secepat mungkin.

Sebelum ini dah siap masukkan gambar ketika Kak Nah di Hospital namun tiba-tiba gambar berkenaan tidak muncul dalam pos in…

Selepas itu PakNik pula masuk wad buat kedua kalinya untuk tahun ini menyebabkan pos berkenaan terus tidak dapat diupdate.

Harap maaf

Majlis Silaturrahim Keluarga Hj Nik Leh Sempena Maulidur Rasul

Alhamdulillah, suatu majlis silaturrahim antara keturunan Hj Nik Leh yang menetap di Lembah Klang telah dapat di adakan di rumah KakNi ( Hjh Nik Azahani ) dan Hj Intizam di Lorong Sepakat 1, Gombak. pada hari Sabtu lepas, jam 9 pagi.

Antara keluarga yang dapat hadir selain daripada keluarga PakNik pada pertemuan berkenaan ialah keluarga Hj Nik Mohd Yusoff ( cucu Hj Nik Leh ), keluarga Hjh Mzenah Mustapha, keluarga Nik Azizan dan keluarga Nik Fatimah Suziane.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga, jazakumullahu khairan kathira kepada tuan rumah iaitu Hj Intizam dan Kak Ni sekeluarga.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.