Kembali ke rahmatullah

Dukacita dimaklumkan bahawa Cikgu Nik Mahmud b Nik Mustapha suami gemuloh Hjh Nik Mariah bt Hj Nik Omar telah kembali ke rahmatullah selepas maghrib tadi… 

Jenazah akan dikebumikan selepas Subuh esok di tanah perkuburan Banggol insya Allah. 

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه….. الفاتحة


Advertisements

Tahniah kepada anak dua pupu PakNik 

بارك الله لكم وبارك الله عليكم وجمع بينكم في خير…. آمين

Tahniah kepada Nik Shukran bin Nik Azharuddin serta isteri Suria Atirah bt Hj Shamsuddin dan juga dua pupu beliau, Nik Nur Farzihan bt Hj Nik Mohamed Fathilah serta suami Fakhri bin Abdullah kerana selamat menjadi raja sehari pada 13 Rabiul Awwal 1439H bersamaan 2hb Disember 2017.

Semoga berkekalan hingga ke Jannah…. Aamiin. 

Shukran Jazilan…

Terima kasih banyak kepada dua pupu saya daripada keturunan gemuloh Nik Omar bin Hj Nik Leh ( terutama KakNi, Azizee, Abe Din, Shahril, Mzenah, Azmani ) dan juga daripada keturunan gemuloh Nik Sah ( A’ishah ) binti Hj Nik Leh serta Pokcik Nor, Kelana Jaya iaitu sepupu kepada bonda saya yang telah memberikan respon yang sangat memberangsangkan….

Bagi waris-waris sila kunjungi Facebook Keluarga Hj Nik Leh agar hubungan silaturrahim yang lebih erat dapat dijalinkan, insyaAllah.