Nik Ismail bin Nik Muhammad

Nik Wil

Nama penuh beliau ialah Nik Ismail bin Nik Muhammad bin Nik Endut. Beliau dilahirkan pada tahun 1905 dan meninggal dunia pada 15hb Disember 1959, jam 6 petang pada usia 54 tahun.

Menurut sumber info daripada anak gemuloh iaitu  Hj Nik Daud, beliau belajar disebuah pondok di Kuala Besar. Suatu ketika Hj Nik Leh telah ternampak beliau semasa beliau sedang melalui kawasan rumah Hj Nik Leh di Pulau Panjang,

Hj Nik leh dikatakan menyukai beliau dan telah menjemput beliau untuk makan tengahari di rumahnya.

Lama kelamaan Hj Nik Leh mengahwinkan Nik Ismail dengan anaknya Nik Aisyah, nenek PakNik

Semasa hayatnya, beliau merupakan guru agama MAIK ( Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan ) dan menurut bonda saya, beliau meruapakn guru Al Qur’am kepada kerabat di raja di dalam istana Kelantan.

Hasil perkongsian hidup dengan gemuloh nenek PakNik, mereka dikurniakan ramai cahayamata antaranya ialah gemuloh Hjh Nik Maimunah, gemuloh Hj Nik Salleh, gemuloh Nik Khadijah, gemuloh Nik Muhammad, bonda PakNik iaitu Hjh Nik Fatimah ( lebih terkenal dengan Nik Tamar ) , gemuloh Datin Hjh Nik Tik Kamariah, Hj Nik Muhammad Noor ( lebih terkenal dengan Nik Daud ) dan Hj Nik Mohd Yusoff.

Gemuloh datuk PakNik mempunyai dua adik beradik lain, iaitu gemuloh Nik Som dan gemuloh Nik Mahmood. Gemuloh Nik Ismail merupakan yang kedua daripada tiga beradik.

Gemuloh Nik Som menetap di Bawah Lembah, Kg Sireh dan mempunyai seorang anak iaitu Nik Li. Nik Li berkahwin sebanyak dua kali. Dengan isteri pertama, beliau mempunyai dua orang.

Manakala gemuloh Nik Mahmood menetap di Jalan Atas Paloh dan berkahwin dengan gemuloh Nik Jah bt Hj Nik Mat. Gemuloh mempunyai ramai anak, antaranya Ar Datuk Seri ( Dr ) Nik Mohamed, Principal Director kepada Kumpulan Senireka, dan Nik Rahmah. Emak mertua gemuloh Nik Mahmood bernama Nik Fatmah bt Nik Ibrahim b Khatib Hj Nik Musa dari susur galur Tuan Tabal.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s