Tokoh

  1. Sayyid Hussain Jamadil Kubra @ Maulana Akbar

Tokoh pendakwah dari keturunan Ahlul Bait ini adalah suatu nama yang penting khususnya di alam Melayu.

Beliau ialah Sayyid Hussain bin Sayyid Ahmad Shah Jalal al-Khan bin Sayyid Abdullah Khan bin Sayyid Abdul Malik al-Azhamat Khan bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad Sahib al-Mirbat bin Sayyid Ali Khali’ Qasam bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi bin Sayyid Ubaidillah bin Sayyid Ahmad al-Muhajir bin Sayyid Isa al-Rumi bin Sayyid Muhammad al-Naqib bin Sayyid Ali al-Uraidhi bin Imam Jaafar al-Sadiq bin Imam Muhammad al-Baqir bin Imam Ali Zainul Abidin bin Sayyidina Hussain bin Sayyidina Ali.

Ayahanda beliau Sayyid Ahmad Shah Jalal merupakan Gabenor kepada Kesultanan Delhi.

Sayyid Hussain dilaporkan mempunyai tiga adik beradik yang juga datang ke Nusantara untuk menyebarkan Islam iaitu Sayyid Qamaruddin, Sayyid Majduddin dan Sayyid Thana’uddin/Thana’ullah.

Di laporkan bahawa Sayyid Hussain tiba di Kelantan sekitar tahun 1349M bersama adinda beliau Sayyid Thana’ullah. Adinda beliau juga dikenali sebagai Shaykh Saman dan merupakan murid kepada Imam Ibnu Hajar. Ada pendapat yang mengatakan bahawa Sayyid Thana’ullah ini merupakan guru kepada Hang Tuah lima bersaudara. Sejauh mana kebenaran pandangan ini tidak dapat dipastikan.

Semasa tiba di Kelantan, negeri berkenaan di bawah taklok Kerajaan Chermin, sebuah empayar besar yang meliputi Langkasuka, Majapahit, Samudera Pasai hingga ke Champa! Al Marhum Ustaz Wan Muhammad Saghir pula berpendapat bahawa Kerajaan Chermin itu adalah Fatani Darul Salam.

Sayyid Hussain dikatakan berkahwin dengan dua orang puteri Kerajaan Chermin. Dengan Puteri Linang Cahaya, iaitu adik kepada Cik Siti Wan Kembang, beliau dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Maulana Malik Ibrahim dan Aisyah.

Menerusi perkahwinan dengan Ratmawati, puteri kepada Raja Champa, Sultan Zainal Abidin, beliau dikurniakan seorang cahayamata iaitu Ibrahim Asmaro @ Ibrahim al-Ghazi, seorang tokoh besar dalam kaitannya dengan Wali Songo.

Perkahwinan ketiga beliau dengan Puteri Selindung Bulan, beliau dikurniakan seorang putera iaitu Ali Nurul Alam. Syarif Hidayatullah  Sunan Gunung Jati merupakan cucu kepada Ali Nurul Alam.

Sayyid Hussain mengirim anak-anak beliau ke Nusantara untuk menyebarkan dakwah Islamiah dan usaha ini kemudiannya diteruskan pula oleh cucu cicit beliau.

Dari keturunan anak beliau Maulana Malik Ibrahim dan Ali Nurul Alam lah dikatakan lahir Wali Songo!

Untuk lebih lanjut sila lawati laman Seruling Senja serta artikel oleh Sharifah Irhamni bt Ahmad Zaini Azamatkhan

2. Syeikh Daud Al Fatani

Ulama besar  yang tersohor ini adalah dari susur galur Sayyid Jamaluddin Al Kubra juga.

Nama lengkap ulama yang juga waliyullah besar ini ialah Wan Daud bin Wan Abdullah bin Wan Idris ( Tok Wan Senik ) bin Wan Abu Bakar bin Datuk Kaya Pandak bin ( Faqih ) Ali ( Datuk Maharajalela ) bin Mustapa Datu Jambu bin Sultan Muzaffar Waliyullah bin Sultan Abu Abdullah bin Sayyid Nur Alam bin Sayyid Jamaluddin Al Kubra.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi blog Ulama’ Nusantara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s