Tuan Tabal

Nama sebenar tokoh ini ialah Haji Wan Abdus Shamad bin Wan Muhammad Saleh b Wan Abdul Latif Tabal al-Fathani al-Kalantani, pengarang kitab Minhat Al Qulub, Munabbih Al Ghafilin, Jala’ al-Qulub, Bidayat al-Ta’lim bi Kifayat al-‘Awwam, Bab Harap dan Manhaj Ahli al-Awbat fi Bayan al-Tawbat dilaporkan lahir pada tahun 1840 di Kampung Tempoyak, Tabal dan meninggal dunia di Kota Bharu pada tahun 1891, dalam usia 51 tahun. Namun para penyelidik yang menulis tentang tokoh ini masih berselisih pendapat tentang tahun sebenar kelahiran dan kewafatan beliau.

Beliau dikatakan merupakan ipar kepada ulama Kelantan yang tersohor iaitu Syeikh Wan Ali bin Abdul Rahman Kutan, pengarang kitab Al Jawhar Al Mawhub kerana isteri Tuan Tabal iaitu Wan Kalsom bt Tok Semain Hj Abdul Rahman b Lebai Muda Hj Abdul Ghafur adalah merupakan kakak kepada Syeikh Wan Ali Kutan. Ada pendapat yang mengatakan bahawa beliau adalah dari susur galur Wan Hussin @ Tok Masjid, pendiri Masjid Telok Manok yang terkenal itu.

Tuan Tabal merupakan anak sulong daripada 8 adik beradik. Adik beradik beliau yang lain ialah Maimunah, Salamah, Said, Haji Yusuf, Haji Abdul Rahman, Haji Uthman dan Haji Taib. Ibunya bernama Tok Cu Mah yang berasal dari Sulawesi, Indonesia dan berpusara di Patani, Selatan Thailand, manakala bapanya yang lebih di kenali dengan panggilan Haji Wan Leh, bersemadi di Pangkalan Kubor,Tumpat. Hj Wan Leh terkenal sebagai seorang panglima yang handal serta seorang dukun dan merupakan imam di kampungnya.

Antara guru-guru Tuan Tabal ialah

  1. Tuan Guru Haji Hasan Besut
  2. Sheikh Sulaiman Hasbullah al-Makki
  3. Sheikh Abdul Qadir bin Abdul Rahman
  4. Sheikh Ibrahim al-Qadhi Salleh ar-Rashidi iaitu murid Sidi Ahmad b Idris

a'ilah tuan tabalTuan Tabal mempunyai 8 orang anak daripada 2 orang isteri iaitu Wan Som dan Wan Baru. Dengan Wan Som beliau mempunyai 5 orang anak iaitu Wan Muhammad @ Ahmad, Wan Musa, Nik Omar, Wan Abdullah, Wan Aishah dan Wan Fatimah. Dengan isteri beliau Wan Baru, Tuan Tabal mempunyai 2 orang anak iaitu Che Ahmad dan Che Wook.

Anak-Anak:

Mufti Hj Wan Muhammad @ Ahmad b Hj Wan Abdul Samad mempunyai 10 orang anak daripada 5 orang isteri iaitu Nik Khatijah, Nik Mahmood, Nik Aminah, Nik Zainab, Nik Mohamad, Nik Abdullah, Nik Salamah, Nik Sapiah, Nik Aishah dan Nik Hussin. Haji Wan Muhammad bin Tuan Tabal al-Kalantani lahir di Kota Bharu, Kelantan, pada malam Jumaat, 5 Rejab 1287 H/1 Oktober 1870 M. Wafat juga di Kota Bharu, Kelantan, pada malam Rabu, 27 Rabiulawal 1339 H/8 Disember 1920 M. Antara jawatan yang disandang oleh beliau ialah:

  • Imam Masjid Kota Bharu pada 15 Jamadilakhir 1314 H.
  • Ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 30 Muharam 1334 H/7 Disember 1915 M.
  • Hakim Mahkamah Syariah Kota Bharu, pada 26 Safar 1334 H/2 Januari 1916 M.
  • Mufti Kerajaan Kelantan pada 22 Syawal 1334 H/21 Ogos 1916 M.
  • Ketua Dewan Ulama Kelantan pada 27 Mei 1918 M.
  • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan oleh Sutan Muhammad IV, pada 27 September 1919 M.

Mufti Hj Wan Musa b Hj Wan Abdul Samad dilahirkan pada 1874 di Kg Lorong Tok Semian, Kota Bahru , Kelantan. Beliau meninggal dunia pada hari Sabtu, 24 Zulkaedah 1357H bersamaan dengan 14 Januari 1939M. Mufti Hj Wan Musa mempunyai 11 orang anak iaitu Nik Fatimah, Nik Abdullah, Nik Aishah, Nik Mat Nazir, Nik Aminah, Nik Khatijah, Nik Mahmud, Nik Kalsom, Nik Salleh, Nik Mohd Mahyuddin dan Nik Salamah.

Nik Omar b Hj Wan Abdul Samad diberitakan meninggal pada usia belasan tahun.

Wan Abdullah Khatib b Hj Wan Abdul Samad lahir pada 1293 H/1877M, wafat Jamadilawal 1345 H/Disember 1926M. Haji Wan Abdullah pernah menjadi khatib di Masjid Muhammadi sekitar dua tahun iaitu antara tahun 1916 hingga 1918 M. Beliau juga pernah menjadi Ahli Majlis Agama Islam Kelantan. Beliau banyak menghasilkan penulisan tentang khutbah yang kemudiannya dikumpulkan oleh murid beliau Ismail b Kechik b Hj Awang Abu b Hj Mahmudi Al Kalantani dan diberi judul Majmu’ Khuthab al-Juma’ al-Malayuwiyah li Tafhim man La Ya’rif al-‘Arabiyah. Beliau mempunyai 5 orang anak iaitu Nik Sapiah @ Maimunah, Nik Abdul Rahman, Nik Aeshah, Nik Kalsom dan Nik Abdullah.

Wan Aishah bt Hj Wan Abdul Samad mempunyai seorang anak bernama Mariam.

Wan Fatimah bt Hj Wan Abdul Samad mempunyai 2 orang anak iaitu Safiah dan Salleh.

Che Ahmad b Hj Wan Abdul Samad mempunyai 5 orang anak iaitu Nik Abdullah, Abdul Rahman, Maimunah, Nik Sah dan Nik Khatijah. Beliau bekerja sebagai kerani di Mahkamah Syariah Kota Bharu Kelantan tapi telah meninggal pada usia muda

Che Wook bt Hj Wan Abdul Samad mempunyai 2 orang anak iaitu Muhammad dan Rogayah.

Cucu-Cucu:

  1. Nik Khatijah bt Hj Wan Muhammad b Hj Wan Abdul Samad
  2. Nik Mahmood b Hj Wan Muhammad b Hj Wan Abdul Samad
  3. Nik Aminah bt Hj Wan Muhammad b Hj Wan Abdul Samad
  4. Nik Zainab bt Hj Wan Muhammad b Hj Wan Abdul Samad
  5. Nik Mohamad b Hj Wan Muhammad b Hj Wan Abdul Samad
  6. Nik Abdullah b Hj Wan Muhammad b Hj Wan Abdul Samad
  7. Nik Salamah bt Hj Wan Muhammad b Hj Wan Abdul Samad
  8. Nik Sapiah bt Hj Wan Muhammad b Hj Wan Abdul Samad
  9. Nik Aishah bt Hj Wan Muhammad b Hj Wan Abdul Samad
  10. Nik Hussin b Hj Wan Muhammad b Hj Wan Abdul Samad
  11. Nik Fatimah bt Hj Wan Musa b Hj Wan Abdul Samad
  12. Nik Abdullah b Hj Wan Musa b Hj Wan Abdul Samad
  13. Nik Aishah bt Hj Wan Musa b Hj Wan Abdul Samad
  14. Nik Mat Nazir b Hj Wan Musa b Hj Wan Abdul Samad
  15. Nik Aminah bt Hj Wan Musa b Hj Wan Abdul Samad
  16. Nik Khatijah bt Hj Wan Musa b Hj Wan Abdul Samad
  17. Nik Mahmud b Hj Wan Musa b Hj Wan Abdul Samad
  18. Nik Kalsom bt Hj Wan Musa b Hj Wan Abdul Samad
  19. Nik Salleh b Hj Wan Musa b Hj Wan Abdul Samad
  20. Nik Mohd Mahyuddin b Hj Wan Musa b Hj Wan Abdul Samad. Pengasas dan Pengetua Kolej Islam Klang. Cucu beliau iaitu Datuk Nik Mustapha bin Nik Hassan merupakan Ketua Pengarah IKIM.
  21. Nik Salamah bt Hj Wan Musa b Hj Wan Abdul Samad
  22. Nik Sapiah @ Maimunah bt Wan Abdullah Khatib b Hj Wan Abdul Samad
  23. Nik Abdul Rahman b Wan Abdullah Khatib b Hj Wan Abdul Samad
  24. Nik Aeshah bt Wan Abdullah Khatib b Hj Wan Abdul Samad
  25. Nik Kalsom bt Wan Abdullah Khatib b Hj Wan Abdul Samad
  26. Nik Abdullah b Wan Abdullah Khatib b Hj Wan Abdul Samad
  27. Mariam bt Wan Aishah bt Hj Wan Abdul Samad
  28. Safiah bt Wan Fatimah bt Hj Wan Abdul Samad
  29. Salleh b Wan Fatimah bt Hj Wan Abdul Samad
  30. Nik Abdullah b Che Ahmad b Hj Wan Abdul Samad
  31. Abdul Rahman b Che Ahmad b Hj Wan Abdul Samad
  32. Maimunah bt Che Ahmad b Hj Wan Abdul Samad
  33. Nik Sah bt Che Ahmad b Hj Wan Abdul Samad berkahwin dengan Ismail dan mempunyai 12 orang anak antaranya ialah Aminah
  34. Nik SahNik Khatijah bt Che Ahmad b Hj Wan Abdul Samad
  35. Muhammad b Che Wook bt Hj Wan Abdul Samad
  36. Rogayah bt Che Wook bt Hj Wan Abdul Samad

Cicit-Cicit:

  1. Nik Hassan b Nik Mohd Mahyuddin b Hj Wan Musa b Hj Wan Abdul Samad mempunyai beberapa orang anak antaranya ialah Nik Aziz dan Dato Nik Mustafa.
  2. Azmi bin Nik Abd Rahman bin Wan Abdullah Khatib b Hj Wan Abdul Samad
  3. Mustafa bin Nik Abdul Rahman bin Wan Abdullah Khatib b Hj Wan Abdul Samad
  4. Nik Ismail bin Nik Abdul Rahman bin Nik Abdullah Khatib b Hj Wan Abdul Samad
  5. Cikgu Hjh Aminah bt Nik Sah bt Che Ahmad b Hj Wan Abdul Samad berkahwin dengan Hj Mohd Karim b Hj Bidin dan mempunyai 5 orang anak iaitu Masa’ari Helmy, Asha’ary Razmy. Khairy Fahmy, Zuhairy Farhan dan Ariff Hakimy

Generasi Ke 5:

  1. Nik Aziz b Nik Hassan b Nik Mohd Mahyuddin b Hj Wan Musa b Hj Wan Abdul Samad
  2. Dato Nik Mustafa b Nik Hassan b Nik Mohd Mahyuddin b Hj Wan Musa b Hj Wan Abdul Samad
  3. Masa’ari Helmy b Aminah bt Nik Sah bt Che Ahmad b Hj Wan Abdul Samad
  4. Asha’ary Razmy b Aminah bt Nik Sah bt Che Ahmad b Hj Wan Abdul Samad
  5. Khairy Fahmy b Aminah bt Nik Sah bt Che Ahmad b Hj Wan Abdul Samad
  6. Zuhairy Farhan b Aminah bt Nik Sah bt Che Ahmad b Hj Wan Abdul Samad
  7. Ariff Hakimy b Aminah bt Nik Sah bt Che Ahmad b Hj Wan Abdul Samad

Sumber:

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s