Gambar Keluarga

1. Bonda Hjh Nik Fatimah binti Nik Ismail

Nik Tamar

Orang yang melahirkan, membesarkan dan mendidik ku….. Seorang bidan kerajaan sejak dari zaman bujangnya sehingga pencen sebagai bidan di HUSM Kubang Kerian. Kini menetap di Jalan JKR Panji, Kota Bharu.

2. Gemuloh Ayahandaku Abdullah bin Omar bin Abu Bakar bin Ali

Berasal dari Kg Gua, Pasir Mas. Pernah berkhidmat sebagai tentera dan setelah berhenti dari tentera bertugas sebagai operator telefon di Hospital Besar Kota Bharu. Pulang ke rahmatullah pada bulan Syawal 1999. Pengorbanannya tidak mungkin dapat PakNik balas.

3.  Gemuloh Nik Ismail Nik Muhammad Nik Endut ( datuk PakNik ).

Update: Beliau dilahirkan pada tahun 1905 dan meninggal dunia pada 15hb Disember 1959, jam 6 petang.

Menurut sumber info daripada Hj Nik Daud, beliau belajar disebuah pondok di Kuala Besar. Suatu ketika Hj Nik Leh telah ternampak beliau semasa sedang melalui kawasan rumah Hj Nik Leh di Pulau Panjang,

Hj Nik leh dikatakan menyukai beliau dan telah menjemput beliau untuk makan tengahari di rumahnya.

Lama kelamaan Hj Nik Leh mengahwinkan Nik Ismail dengan anaknya Nik Aisyah, nenek PakNik          😀

4. Hj Nik Mohd Noor Nik Ismail ( lebih popular dengan panggilan Nik Daud)

Beliau memainkan peranan yang besar dalam mendekatkan diri PakNik kepada majlis pengajian di masjid dan surau. Beliau mengikuti kuliah pengajian Tok Guru Hj Nik Abdul Aziz sejak zaman bujang lagi dan kerap juga membawa PakNik bersama, menaiki basikal untuk mendengar kuliah di Pulau Melaka pada setiap Rabu malam Khamis… 😀  Beliau juga sangat mementingkan kekeluargaan dan PakNik sering di bawa bersama ketika beliau menziarahi sanak saudara.

Sumber Foto: ADUN Seri Setia (Info foto di atasHj Nik Daud bersama anak sepupunya YB Nik Nazmi sebelum Nik Nazmi menjadi ADUNSeri Setia)

5. Hj Nik Mohd Yusoff Nik Ismail

Adik bongsu kepada bonda saya. Kini menetap di Shah Alam dan mempunyai syarikat motivasinya sendiri iaitu QI Consultants Sdn Bhd.

6. Gemuloh Nik Khadijah Nik Ismail

7. Gemuloh Datin Hjh Nik Tik Kamariah Nik Ismail

8. Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff

Rumah beliau di Pasir Tumboh lebih dikenali sebagai White House? Ayah Datuk Nik Sapeia iaitu Nik Yusoff adalah adik kepada nenek saya Nik Aisyah. Merupakan Presiden Parti PPP cawangan Kelantan.

9. Senator Prof. Datuk Ismail Salleh

Lahir di Kg Gua, Pasir Mas, Kelantan pada 2 September 1947 kepada pasangan Lebai Salleh dan (Sa)Kinah iaitu sepupu PakNik. Diiktiraf oleh Guiness Book of World Records sebagai orang buta pertama mendapat Ph.D. Telah kembali ke rahmatullah pada 27 Ogos 2009.

10. Ar. Dato’ (Dr.) Nik Mohamed Nik Mahmood

Seorang tokoh senibena negara, beliau merupakan sepupu kepada bonda saya kerana ayah beliau arwah Nik Mahmood merupakan adik kepada datuk saya arwah  Nik Ismail.

11. Keluarga Makcik Rosenany bt Nik Ahmad. Sila lawat blog keluarga beliau di sini

12. Gemuloh TokCik Ya

20 thoughts on “Gambar Keluarga

  1. Nik azizee

    Salam…terjumpa blog ni, dibaca2…rasanya kita pon ada jadi sedara…sbb list keluarga pok nik tu sedara ambo jugok…mcm…Nik yusof, Nik sepeai, Nik daud sepupu pd mok ambo…mok ambo Nik Mariam Nik Omar (murtabak rajo)…

    1. @Nik Azizee: Wassalamu alaikum

      Makcik Yam, ibu anda tu mak sepupu PakNik! Jadi itu bermakna kita dua pupu lah! PakNik kerap juga pergi rumah mak Nik Azizee di Jalan Merbau, khususnya ketika mengikut bapa saudara PakNik, iaitu Nik Daud. PakNik pasti Nik Azizee pun kenal dengan Nik Muhammad Taha yang tinggal di Paya Purnama.

      Nik Azahani hok dok di Gombak tu kakak Nik Azizee ye?

  2. nananik

    owhh…slamat berkenalan lah, nama je 2 pupu tp gak kalu selisih tepi jalea sama2 xtegur bekali…paknik kena wat carta salasilah famili kito…ambo minat benda2 gini tp gak nak gi cari maklumat rasa xmmpu…

    1. @nananik:

      PakNik buat dah dulu salasilah tu tapi dah hilang. Nampaknya terpaksalah PakNik mulakan dari awal. Namun kalau ada maklumat dari waris-waris terdekat PakNik lagi lah membantu.

      1. nik zainal abidin bin nik ismail

        Saya ni anak kpd nik ismail bin hj nik mahmood,nik mahmood bin nik ismail atuk saya saya anak yg ke14

  3. NIK MOHD YUSOFF NIK ISMAIL

    assalamualaikum. amo in anak nik wae. mok nama nik sah. dgn nik hasnan ni jadi pok saudara. kalu nik hasnan boleh teruskan salsilah ni, baik benar. rama doh yang mati. ramai lagi yang akan mati, insyallah. selamat berbuka puasa dgn tamar atau buah naga. wassalam

    1. hj nik mohd yusoff nik ismail

      satu ketika dulu, NIK ni memiliki satu maruah yang tinggi; dikaitkan dgn sopan santun, berbudi bahasa,’ sembahyang tak tinggal’ utamakan ilmu, ‘ju-ruh’ . cuba kita perhatikan sekarang ini; apakah nilai nilai utama itu masih wujud atau sudah perlahan terhakis……………….. bukan krturunan NIK tu sangat, tapi kualiti NIK itu yg wajar dipertahan dan ditambah nilainya. wallhu’alam

    1. @farah:

      Kalau Nik Sapeia tu tok saudara anda maka, pangkat anda anak dua pupu dengan PakNik sebab nenek anda Nik Hasnah tu emak sepupu PakNik

  4. shahrizan

    salam..keturunan isteri ambo ado kaitan ngan keluargo nik ni..salasilah nik yusoff banyak sekarang tinggal di tanjong chat.. nik yusof ( dikenali tok soh audet ) anaknya nik mansor binti nik yusof .. nik zawiyah binti nik mansor.. isteri ambo nik nor zawani binti che yaacob..
    no tel ambo 01110 844624

    1. @Norliah:

      Menurut maklumat daripada cucu-cucu beliau, datuk saudara saya iaitu Hj Nik Yusoff b Hi Nik Leh hanya mempunyai dua orang isteri dan mendapat dua orang anak dengan isteri pertama beliau. Dengan isteri kedua tidak ada anak. Memang ada yang bernama Nik Azman tetapi beliau merupakan cucu kepada gemuloh Hj Nik Yusoff bukan anak beliau.

  5. Nuraini Hazwani Binti Alias

    Assalamualaikum…saya Nuraini Hazwani, anak Nik Faridah Binti Nik Ahmad, anak saudara Nik Rossenany Bt Nik Ahmad..Nenek saya Wan Jah bt Wan Omar…Mungkin kita juga boleh rapatkan silaturrahim keluarga Nik jugak kan….No hp saya 014-3421153 (Nik Faridah binti Nik Ahmad : 014-6047946

  6. Syed

    Assalamualaikum…kepada keluarga Arwah Hj Nik Leh , saya syed kini sedang mencari rumah tradisional tiang 12 yg byk kisah2 sejarah rekabentuk rumah tersebut..dah bayk saya membuat resercher tentang rumah tersebut untuk dokumentarikan rmh sejarah ini …kepada pewaris Arwah Hj Nik Leh , jika rumah ini masih lagi tersergah indah boleh la whatsapp saya 0199650632..untuk info lebih lanjut…

Tinggalkan komen